Umno tidak rosakkan poster Azmin, Zuraida
Perbuatan merosakan poster atau sepanduk PKR dilakukan oleh penyokong mereka sendiri, kata Umno Ampang.
PETALING JAYA: Umno Ampang mendakwa orang pembangkang terutama PKR yang merosak atau mencemarkan poster serta sepanduk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin yang dipasang di kawasan itu.Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada bekas-bekas ahli dan penyokong PKR.
Katanya, mereka memberitahu, ahli PKR yang memasang sepanduk atau poster atau bendera mereka, kemudian mereka menyembur atau merosakkan.
“Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya orang ramai melihat, orang Umno yang melakukan perbuatan tersebut.
“Kita sudah masak dengan perkara-perkara ini,” katanya lagi.