22 June 2012

Cik Gu Mala (bekas calon PRK Tenang) sertai UMNO?

Dakwaan tulisan blog 'Khazanah Minda Politik Melayu' itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno.

KUALA LUMPUR: Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor, Normala Sudirman hari ini menafikan dirinya mengisi borang keahlian Umno.

Normala berkata, dakwaan tulisan blog ‘Khazanah Minda Politik Melayu’ itu hanya fitnah jahat yang sengaja direka orang Umno.

Penulis blog itu mendakwa wujud perselisihan antara Normala dengan PAS Johor berkaitan bantuan kewangan selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai guru dan tewas bertanding pada tahun 2010.Menurut blog yang disiarkan sejak kelmarin itu, disebabkan kecewa dengan janji yang tidak tertunai, Normala tekad meninggalkan PAS dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang ditawarkan PAS kepada umum.

“PAS Johor atau Pusat tidak pernah membuat apa-apa janji terhadap mana-mana petugas atau ahlinya. Kami berjuang (dalam parti) hanya untuk mencari keredhaan Allah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Katanya, jika benar Umno ikhlas mahu membantu, beliau mahu suaminya Cikgu Maarof Abd Mutalib yang ditukarkan dari Sekolah Menengah (SMK) Tenang Stesen sejauh 275km ke SMK Tanjong Pengelih, Pengerang, di Kota Tinggi, dikembalikan semula ke tempat asal.

Beliau menuntut supaya penulis blog tersebut segera memohon maaf dan hentikan fitnah itu dengan segera kerana menjatuhkan maruahnya.

“Jika tidak ada sebarang respon, saya tidak akan teragak-agak mengemukakan tindakan mahkamah,” katanya yang menganggap ini bukan kali pertama dirinya difitnah Umno sejak menjadi calon Dun Tenang.

Turut hadir sidang media Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan Naib Ketua Muslimat Senator Mumtaz Md Nawi. - FMT

1 comment:

hussin said...

Alhamdulillah, semuga allah berkati istiqamah dan perjuangan anda. Berjauhan dengan suami bagi seorang isteri adalah sesuatu yang amat berat, tapi ingatlah itu hanyalah sebahgian dari ujian Allah untuk menguji ketabahan dan kesabaran ummah sebelum mencapai kejayaan. Ingatlah : SESUNGGUHNYA DISEBALIK KESUSAHAN ADALAH KESENAGAN" Insyaallah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive