22 June 2012

Fitnah tentang DEB, Guan Eng menang saman Utusan

GEORGE TOWN, 22 JUN: Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.

Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.

Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk “DEB: Guan Eng Tetap Berdegil” bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.

Tulisan itu mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana Guan Eng tidak pernah mengatakan beliau mahu menghapuskan DEB.

Beliau telah menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya adalah pentadbirannya di Pulau Pinang akan bebas daripada kronisme, korupsi dan sistem yang tidak berkesan.

Ini adalah kemenangan kedua Guan Eng menyaman Utusan. Pada Disember tahun lalu, mahkamah mendapati sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.

Artikel Utusan bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember 2010 cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah  anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu. – Roketkini.com
Print Friendly

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive