03 June 2012

Hidup dan mati BN pada PRU 13 kata Muhyiddin ... jadi kita pastikan BN mampuih pada PRU 13 ni

PRU 13 penentu "hidup dan mati" BN kata Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 3 Jun — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.
"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.
"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.
"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.
"Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR.
"Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang.
"Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang.
"PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang.
Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi.
Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0.
"Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi.
Dalam perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive