Muda Mohd. Noor
JAKIM berkata, Khalil juga terpengaruh dengan filem-filem ekstrem dan ganas yang ditontonnya
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) merumuskan lelaki yang mengaku `Imam Mahadi’ yang ditembak mati kerana mengamuk di perkarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin menghadapi kecelaruan akidah.
“Khalil Afandi Abd Hamid telah salah faham mengenai ajaran Islam. Kalau dilihat dari tulisannya di blog beliau, kita boleh nyatakan beliau mentafsir sendiri ayat-ayat al Quran dan Hadis,” kata Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Asiah Alkharib Shah.
Asiah juga berkata, mangsa juga terpengaruh dengan filem-filem ekstrem dan ganas yang ditontonnya.
Bagaimanapun, tambahnya, JAKIM tidak mempunyai angka berapa ramai umat islam yang menghadapi kecelaruan akidah itu.
Katanya, orang yang mempunyai sikap ekstrem ini tidak boleh dikesan awal sebaliknya hanya diketahui apa kejadian berlaku.
“Tetapi saya menegaskan Khalil tidak ada kecederungan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat.
“Bagaimanapun, JAKIM masih menyiasat… pada masa sama kami memantau media baru termasuk blog yang boleh mempengaruhi umat Islam dalam hal-hal tertentu,” tambahnya.
Dalam kejadian tersebut, Khalil ditembak mati selepas mengamuk menggunakan pedang samurai di JPM.
Manakala seorang wanita bersamanya berusia 28 tahun lepasan Universiti Islam Malaysia (UIA) mendapat rawatan di hospital Putrajaya dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/11/imam-mahadi-hadapi-kecelaruan-akidah/#ixzz20I5lf4Ze
No comments:
Post a Comment