05 July 2012

Politik lucah BN mampu bangunkan negara? ...

Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan ramai lagi telah menjadi sasaran politik kotor Barisan Nasional.

Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya.

Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri?

Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng ‘main kayu tiga’. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek.

Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu ‘dalam kain’ pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka?

Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu?

Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia?

Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada.

Soi Lek ingat semua pemimpin seperti dirinya?

Malah, Chua Soi Lek baru-baru ini dengan angkuhnya mencabar Lim Guan Eng untuk meletak semua jawatan beliau atas alasan Guan Eng pun sama juga dengan beliau, yakni tidak bersih dengan adanya  skandal dengan wanita lain.

Soalnya sekarang, mana bukti yang menyokong dakwaan Chua dan apakah justifikasi untuk Guan Eng meletak jawatan?

Jika Chua mahu berbangga dengan kehebatan beliau beraksi lucah di depan kamera video dan selepas itu terpaksa meletakkan jawatan kerana memalukan diri, keluarga, parti dan amsyarakat, itu masalah peribadi beliau. Tak perlu samakan masalah dia dengan orang lain. Semua orang tahu, bukti skandal beliau itu telah terdedah di khalayak awam dan beliau memang seharusnya bertanggungjawab.

Namun, apakah keghairahan MCA menyebar fitnah dan bermain politik lucah dan kotor ini adalah budaya kaum Cina?
Jika isu seperti ini (tuduhan seks dan skandal lelaki-wanita tanpa bukti sahih) tertimpa kepada pemimpin Melayu Islam, tahu pula orang Melayu mengatakan ini isu politik lucah, budaya politik fitnah dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan masalah negara.

Tetapi yang kita lihat, siapa yang melanggar undang-undang media dengan menyiarkan gambar dan video lucah yang cuba dikaitkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Siapa yang menyebar fitnah tentang anak dan isteri pemimpin Pakatan Rakyat?

Ini satu perkembangan yang agak menyedihkan bagi rakyat yang menjunjung demokrasi sebagai sistem bernegara. Ada yang masih melihat isu seperti ini berdasarkan pecahan kaum, sedangkan mereka lupa bahawa apa saja perkara buruk, itu adalah masalah masyarakat, masalah negara.

Politik lucah ini dengan pantas pula mengalih pandangan kita daripada masalah ekonomi dan urus tadbir yang kita semua alami.

Politik lucah UMNO-BN mampu bangunkan negara?

Apakah dengan politik lucah yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin UMNO-BN bererti kita semua tidak lagi mengalami masalah kewangan? Apakah dengan politik lucah, kita tidak perlu lagi menanggung beban bayaran rumah, kereta, anak-anak bersekolah, makanan keluarga seharian?

Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan? Apakah politik lucah telah membebaskan beban dan tanggungan kewangan pelajar dan ibu bapa? Apakah politik lucah berjaya meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia? Apakah politik lucah telah menyelesaikan masalah ragut, rompak, rogol, pukul dan pelbagai jenayah?

Adakah politik lucah UMNO-BN akan menyebabkan kita lupa kepada skandal kewangan negara yang bakal ditanggung bebannya oleh anak cucu kita yang terpaksa membayar cukai bagi membayar balik lesapnya wang berbilion ringgit? Adakah politik lucah telah melupakan kita kepada skandal PKFZ, skandal lembu NFC, skandal mata wang asing Bank Negara, skandal kapal selam Scorpene, skandal cincin?

Sama-sama kita tolak politik lucah dan fitnah dalam PRU13 nanti. – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive