05 August 2012

Betoi ka? DAP mahu sertai BN - Soi Lek

MCA DAKWA DAP MAHU SERTAI BN

alt

YONG PENG, 5 Ogos - Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendakwa DAP mempunyai agenda politik jangkamasa panjang untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.
"Pemimpin politik DAP adalah sama dengan mana-mana pemimpin politik yang dahagakan kuasa.

"Mereka tidak mahu hilang kuasa di Pulau Pinang dan berharap untuk berada dalam kerajaan pusat," katanya sewaktu merasmikan delegasi Pemuda dan Wanita MCA, di sini, semalam.

Chua turut mendakwa DAP mahu melenyapkan MCA agar dapat menggantikan parti itu dengan menyertai BN sewaktu memberikan ucapan kepada pengundi Cina untuk tidak terperangkap dengan parti pembangkang.

Dalam memberikan reaksi terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Johor, Chua turut menegaskan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak ada parti yang menjadi 'pembuat dasar dan keputusan' seperti DAP dakwanya.

"Saya mahu mengingatkan komuniti masyarakat Cina.

"Jika anda memilih DAP dan berfikir kaum Cina akan menjadi pembuat dasar dan keputusan, anda telah melakukan kesilapan," katanya.

Chua turut memberikan contoh terhadap apa yang telah berlaku sewaktu pilihanraya Sarawak yang lalu apabila DAP menggunakan taktik kaum Cina akan menjadi 'pembuat dasar' dalam meraih sokongan dan undi. - klpos

3 comments:

new hope said...

MCA budak suruhan UMNO

KLIK perlu pembantu rumah?

Anonymous said...

ek ele soi lek.....bini dan keluarga pun lu tipu (sondol ah soo jual bunga).....inikan rakyat jelata.....kali nie jangan bermimpi senjalah....hihihihiihi

Anonymous said...

soi lek oh soi lek...kalau dia jadi menteri lagi alamatnya byk lagilah yg dia akan sondol...ni dia pemimpin yg tiada akhlak dan keji...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive