27 August 2012

Filem kutuk Obama kutip RM20 juta dalam seminggu. Bila korang nak buat filem kutuk .........?[hahaha sapa-sapa lah]

LOS ANGELES -  Di sebalik kontroversi, filem dokumentari 2016: Obama’s America, arahan Dinesh D’Souza dan John Sullivan, dikatakan mampu mencatatkan jumlah kutipan  memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak AS$6.3 juta (RM20.1 juta) sejak ia mula ditayangkan minggu lalu, sekali gus mengatasi kutipan tiga filem baru yang lain.

Filem yang mengisahkan isu anti Presiden Amerika Syarikat memulakan tayangannya bulan lepas tetapi hanya ditayangkan di sesetengah panggung, kini menjadi filem dokumentari yang paling mencatat keuntungan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, takhta itu dipegang filem Bully yang mencatat keuntungan sebanyak AS$3.5 juta (RM10.85 juta).


Selain itu, filem Obama’s America kini turut mendahului carta filem dokumentari konservatif sepanjang masa, mengalahkan filem Expelled: No Intelligence Allowed  yang berjaya mengutip jualan sebanyak AS$7.7 juta(RM23.87 juta).

Obama’s Amerika yang diterbitkan Rocky Mountain Pictures, dipromosikan secara meluas melalui radio dan penayangan seluruh negara itu juga serentak dengan Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan, yang berlangsung di Tampa, Florida yang turut menjadi pemangkin kepada kejayaan kutipan filem itu.

Sebelum ini, kedudukan pecah panggung didominasi filem Holdovers, diikuti filem terbitan Lionsgate dan Millennium Films, The Expendables, yang mencatatkan kutipan sebanyak AS$13.5 juta (RM41.85 juta) pada minggu kedua tayangannya. - SINAR

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive