LOS ANGELES - Di sebalik kontroversi, filem dokumentari 2016: Obama’s America, arahan Dinesh D’Souza dan John Sullivan, dikatakan mampu mencatatkan jumlah kutipan memberangsangkan apabila berjaya mengutip sebanyak AS$6.3 juta (RM20.1 juta) sejak ia mula ditayangkan minggu lalu, sekali gus mengatasi kutipan tiga filem baru yang lain.
Filem yang mengisahkan isu anti Presiden Amerika Syarikat memulakan tayangannya bulan lepas tetapi hanya ditayangkan di sesetengah panggung, kini menjadi filem dokumentari yang paling mencatat keuntungan di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, takhta itu dipegang filem Bully yang mencatat keuntungan sebanyak AS$3.5 juta (RM10.85 juta).
