15 August 2012

hahaha ... sapa-sapa nak berlakon wei ...Ibrahim Katak nak jadi producer filem pula

Perkasa: Tayang ‘Tanda Putera’ tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar

August 14, 2012KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.


“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.

“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).

“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

Menurutnya, PR tidak perlu mempertikaikan jalan cerita tersebut walaupun ia menyentuh sensitiviti kerana ia berdasarkan fakta sejarah.

PR sebelum ini berkata filem “Tanda Putera” itu boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seperti 13 Mei yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive