Showing posts with label filem Melayu. Show all posts
Showing posts with label filem Melayu. Show all posts

16 January 2015

Penonton Villa Nabila Histeria Dalam Panggung


TIDAK dinafikan filem Villa Nabila hasil buah tangan pengarah muda, Syafiq Yusof adalah antara karya yang cukup dinantikan oleh peminat filem tempatan.
Idea pembikinan filem tersebut tercetus lantaran kisah banglo lama yang cukup popular dengan pelbagai kisah seram di Johor Bahru, dikenali sebagai Villa Nabila.
Namun, baru sahaja filem itu ditayangkan di seluruh negara bermula semalam (Khamis), ia sudah mencetuskan ‘keseraman’ tersendiri apabila seorang penonton wanita diberitakan secara tiba-tiba diserang histeria ketika menonton filem tersebut di panggung yang terletak di pusat beli-belah AEON Tebrau.
Kejadian itu sempat dirakamkan oleh penonton lain yang turut berada dalam panggung tersebut.

03 December 2014

Saya Terpaksa Pakai Seluar Dalam Sahaja - Wan Hanafi Su


..
Bagi anda yang sudah menonton filem Lelaki Harapan Dunia, ketepikan tentang kontroversi filem yang masih rancak lagi ditayangkan di pawagam kerana yang pasti, anda akan tersenyum sendiri teringatkan watak Awang lakonan yang cukup berkesan dijayakan pelakon senior, Wan Hanafi Su.
Menurut aktor yang pernah dinobat sebagai Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013, pengalaman menghidupkan watak filem berkenaan dianggap paling mencabar, manis, pahit dan melucukan sepanjang bergelar pelakon sejak tiga dekad.

19 December 2013

Adi Putra Dipantau Polis

Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.

19 November 2013

Filem "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" - Pierre Andre Mengaku Guna Populariti Ustaz Azhar Idrus

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Ustaz Azhar Idrus (tengah) bersama kumpulan Shiro dalam filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.
PETALING JAYA: Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.
"Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.
"Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik," katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.
Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Pierre Andre
Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.
"Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.
"Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.
"Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata 'ya' untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima," ujarnya.
Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.
Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.
Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.

14 November 2013

Pengarah 'Laga' perjelas aski ranjang Marsha Londoh - Wan Hanafi


..


Sutradara filem Laga, Ismail Yaacob menegaskan beliau tidak menjual aksi ranjang semata-mata di dalan filem kedua arahannya itu. Sebaliknya babak panas yang diselitkan menerusi lakonan Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su kerana ia antara adegan penting bagi menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.

Babak tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.
"Babak itu bukan kita buat semata-mata ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita. Babak itu terlalu sedikit tetapi menarik dan saya tak nafikan babak itu pasti akan jadi tumpuan ramai. Cuma bila trelernya diletakkan di dalam Youtube dan di-cut setakat tu, ia nampak seperti satu aksi yang buruk.
"Babak itu adalah babak teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami yang terhadap isterinya yang jauh lebih muda", jelasnya ketika ditemui pada pelancaran OST filem tersebut di Menara Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis tersebut pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu.
Ismail Yaacob. Kredit foto Faisol Mustafa.Ismail Yaacob. Kredit foto Faisol Mustafa.
Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.
"Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Dan pada mulanya pun ia dipotong oleh pihak LPF. Namun selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya.
Tambah Ismail lagi, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
"Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Antara baisan pelakon filem 'Laga'. Kredit foto Faisol Mustafa.Antara baisan pelakon filem 'Laga'. Kredit foto Faisol Mustafa.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

29 August 2013

Aksi ranjang Marsha Londoh dan Wan Hanafi Su dijangka hangat dalam Laga

Filem tanpa kehadiran wanita adalah tak sah. Budiey tak pasti, ada tak filem kat atas dunia ni yang semua pelakonnya adalah lelaki. Pendek kata, wanita dijadikan satu daya tarikan. Budiey tak nafikan, wanita seksi dan babak di ranjang menjadi daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang, sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan dilihat masih belum memberansangkan.
Terbaru melalui sebuah trailer awal filem berjudul Laga, menampilkan satu babak lakonan Marsha Milan Londoh dan pelakon senior, Wan Hanafi Su yang dijangka akan menjadi isu hangat apabila filem ini ditayangkan kelak.
Aksi Ranjang Marsha Milan & Wan Hanafi Su Dalam Filem Laga
Ini kerana, selain babak atas katil, diselitkan sekali babak yang memperlihatkan Marsha yang sedang berkemban didekati oleh Wan Hanafi Su dalam keadaan menghairahkan.
Nah! Ini mungkin strategi penerbit filem ini iaitu Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Syazwan Zulkifli.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatahlagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahanya kali ini.
Menurut Ismail Yaa’cob:
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai.”
Filem Laga mengisahkan kisah laga ayam haram (sabung ayam). Sepasukan polis dari balai polis Rantau Panjang, Kelantan yang diketuai Inspektor Rosyam telah membuat serbuan ke atas satu pertandinngan laga ayam haram yang baru hendak bermula. Pelakon filem Laga: Syazwan Zulkifli, Wan Hanafi Su, Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor, Marsha Londoh, Tyas Mirasih.
Ini bukan kali pertama scene ranjang dibuat untuk filem kat Malaysia, sebelum ni dah banyak kali dibuat. Seolah menjadi perkara biasa dalam senario filem. Cuma Budiey tertanya-tanya, adakah ini cara yang betul untuk menarik minat penonton ke pawagam? Apa pendapat anda?
Aksi Ranjang Marsha Milan & Wan Hanafi Su Dalam Filem Laga

18 August 2012

'Tanda Putera' itu 'tanda Umno terdesak'

Aspan Alias,18 Ogs 2012

‘Tanda Putera’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

17 August 2012

Isu Kencing : Kit Siang mahu saman produser eksekutif filem ‘Tanda Putera’


Nomy Nozwir
August 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, “Tanda Putera”, Aida Fitri Buyong.

Pemimpin veteran DAP itu melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.

“Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya ‘mudah terasa’ apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.

15 August 2012

hahaha ... sapa-sapa nak berlakon wei ...Ibrahim Katak nak jadi producer filem pula

Perkasa: Tayang ‘Tanda Putera’ tanpa tapisan atau kami buat filem Anwar

August 14, 2012KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.

“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

07 August 2012

Filem 'Tanda Putera' pembohong, gugat perpaduan - Kit Siang

Anis Nazri,07 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Gagasan 1Malaysia yang diterapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menyemai benih ketegangan di antara kaum, selain menyumbang kepada fitnah yang boleh menggugat perpaduan negara.


Trend fitnah seperti yang dapat dilihat dalam pembohongan dan pemalsuan insiden 13 Mei melalui filem tajaan kerajaan, 'Tanda Putera' itu boleh dianggap menggugat perpaduan negara.



Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49, Najib harus berfikir sejenak mengapa polisinya yang terkenal, 1Malaysia dalam tempoh tiga tahun ini telah menyemai benih ketegangan di antara kaum. 

03 August 2012

Apa motif tayang TANDA PUTERA [filem yang memfokuskan kepada tragedi 13 Mei] dikala negara diambang PRU 13


Tanda Putera Mampu Cetus Rusuhan Kaum

 Sebuah filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.


Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

15 June 2012

Aksi berahi filem 'Jiwa Taiko' buat penonton meremang

Aksi Berahi Jiwa Taiko Buat Penonton Meremang

Selepas mencetuskan fenomena menerusi filem ‘Ombak Rindu’, Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011, Osman Ali kini muncul dengan sebuah lagi karya kreatif berjudul, ‘Jiwa Taiko’. Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd ini digarap dengan cukup baik dan sarat dengan mesej yang berguna kepada masyarakat.

Menggunakan kamera Super 16, di mana julung kalinya digunakan dalam filem Malaysia, syot-syot yang dihasilkan tampak lebih indie bagi mewujudkan kelainan. Dikenali sebagai pengarah yang berani, Osman Ali kali ini tampil dengan sisi lebih berani apabila memasukkan elemen sensualiti dalam filemnya.

18 May 2012

Filem "Jalan Kembali Bohsia 2" hina Islam


PETALING JAYA – Skop Production menyanggah komen mengatakan filem terbitannya, Jalan Kembali Bohsia 2 menghina agama Islam apabila memaparkan watak Keting lakonan Sofi Jikan memaki serta menolak seorang imam sehingga terjatuh di depan sebuah masjid dalam filem itu.
Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.
“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu.
“Sedangkan pada mulanya, anak saya yang juga pengarah filem ini, Syamsul Yusof mahukan watak Keting digambarkan menendang imam itu tetapi saya tidak kasi kerana itu keterlaluan. Pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan.
“Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keislaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton filem itu di pawagam Cathay, Mutiara Damansara di sini semalam.

18 November 2011

Pengarah Terbaik FFM24 - Mamat Khalid atau Syamsul Yusuf?

Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) sudah menjadi milik Pengarah Filem ‘Libas’, Jurey Latiff Rosli. Siapa pula akan dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik tahun ini? Mudah-mudahan keputusan pada malam kemuncak esok tidak mengundang kontroversi lagi? Biarlah yang benar-benar layak mencipta kejayaan. Bukan kerna pengaruh, kawan-kawan atau sebaliknya? Macam yang dikatakan oleh penerbit Raja Azmi, juri harus telus agar industri filem tempatan tidak rosak!

Tahun ini kategori ini menyaksikan pertandingan cukup menarik kerana ia menampilkan tiga nama yang turut berentap pada tahun lalu iaitu Ahmad Idham (Senjalaka , Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)). Kehadiran Osman Ali dan Yusry Abdul Halim menambahkan kehangatan kerana masing-masing mempunyai naskah yang bagus iaitu Cun! dan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

17 November 2011

Raja Azmi mengamuk di Majlis Perasmian FFM 24

Pengarah kontroversi, Raja Azmi mengejutkan beberapa jemputan yang hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam tadi apabila beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum meninggalkan majlis tersebut.

Tindakannya itu telah menarik perhatian beberapa penggiat seni dan media yang berada di sekelilingnya kerana pengarah ‘…Dalam Botol’ ini bercakap dalam nada yang kuat seolah-olah beliau sedang memarahkan sesuatu. Antara perkataan yang didengari oleh para media yang hadir ialah “Tak faham, tak faham…Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar.”

Difahamkan, tindakannya itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Malam Anugerah Gemilang Cipta di mana filem terbitannya, ‘…Dalam Botol’ tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah pada malam itu.

07 September 2011

Filem Hantu Bonceng hina Islam?


Filem Hantu Bonceng yang telah mencapai kutipan RM5 Juta dalam masa 5 hari didakwa tidak menghormati kesucian dan mempersendakan Islam.

Menurut ulasan beberapa blog Hiburan, terdapat beberapa adegan yang bersifat tahyul dan mempersendakan Islam seperti memakai pakaian yang tertera gambar salib dan tindakan membogelkan diri semasa berdepan dengan hantu.

Aksi tersebut dilakukan Pelakon Utama Zizan Raja Lawak pada filem tersebut.

Filem ini juga didakwa mempersendakan Azan yang dilaungkan yang sudah pasti sedikit sebanyak membuktikan kebiadapan laungan tersebut.

Antara blog yang mengupas isu ini termasuklah Blog Berita Sensasi. - KLpos

21 June 2011

KL Gangster kutip RM11 juta

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, memuji kehebatan filem KL Gangster, yang kini melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu.

Beliau berkata, filem arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, itu boleh dijadikan sebagai filem contoh dan sesuai untuk tontonan umum. Malah sesuai ditonton golongan remaja untuk dijadikan iktibar.

“Setelah menonton sendiri KL Gangster, ia boleh dikatakan filem contoh dan nyata ia berjaya menarik banyak peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikannya sendiri di pawagam,” katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011.

15 June 2011

Mungkin sebab tolong 'promote' filem KL Gangster kot ... Yusof temui Pekida Jumaat ini

Mahu Berdamai, Yusof Haslam Jumpa Pekida Jumaat Ini

PETALING JAYA: Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

13 June 2011

'KL Gangster' kutip RM5 juta dalam 3 hari ... mungkin berkat promosi Pekida

PETALING JAYA: Filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa tiga hari.

Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga 11 Jun lalu.

Menurut Syamsul, dia bersyukur dengan pencapaian yang luar biasa itu dan bangga kerana mampu mencapai jumlah kutipan tiket yang sama seperti filem-filem Hollywood yang sedang rancak ditayangkan.

"Ini satu perkara yang luar biasa bagi saya dan saya menganggap ia menjadi sebuah fenomena baru apabila filem-filem Melayu kita mula diberi perhatian oleh masyarakat.

11 June 2011

KL Gengstar & Kongsi : Pekida minta Yusof dan David minta maaf

PUTRAJAYA: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka RoslanDahaman memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua penerbit filem Kongsidan KL Gengstar untuk meminta maaf secara terbuka.

Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkan KL Gengster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi).

Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive