17 August 2012

Isu Kencing : Kit Siang mahu saman produser eksekutif filem ‘Tanda Putera’


Nomy Nozwir
August 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, “Tanda Putera”, Aida Fitri Buyong.

Pemimpin veteran DAP itu melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.

“Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya ‘mudah terasa’ apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.


“Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan ini?” katanya lagi.

Aida mendakwa bahawa fakta tentang adegan filem selama sepuluh minit dalam durasi 115 minit filem tersebut adalah benar.

Awal tahun ini laman sosial “Tanda Putera” telah memaparkan gambar Lim “dikasari” dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.

Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, produser Persona Pictures Sdn Bhd itu berkata Lim Kit Siang ‘mudah terasa’ terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikal terhadap pemimpin DAP itu.

“Kenapa beliau mudah terasa?

“Semua gambar itu boleh didapati dengan mudah di internet,” kata Aida Fitri Buyong kepada The Malaysian Insider.

Lim Kit Siang berkata, gambar di Facebook rasmi “Tanda Putera” itu tertulis kapsyen yang bertulis “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris” adalah tidak benar dan memalukannya di khalayak ramai.

“Oleh itu, peguam saya akan memfailkan saman ke atas produser eksekutif ‘Tanda Putera’ kerana memalukan saya dalam Facebook rasmi mereka,” katanya lagi. - TMI

1 comment:

Anonymous said...

Ini baru betul.Saman,jangan tak saman.Bukan sahaja sekadar saman,dapatkan tindakan mahkamah melarang filem ni ditayang dipawagam-pawagam.Biar producer filem ni,tanggung kerugian besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive