Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Dalam filem arahan Silver Chung itu Adi memegang watak sebagai Inspektor Nizam yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan paing dikehendaki pihak polis.
Selain Adi, dua lagi tonggak utama filem yang menelan kos RM2.5 juta ialah Datuk Rosyam Nor yang memengang watak Saga, seorang pembunuh upahan dan Rita Rudaini sebagai Salina.
Balistik (Kelajuan Peluru) terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan usaha sama Asia Tropical Film Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 9 Januari depan.
- mD
No comments:
Post a Comment