Showing posts with label 13 Mei. Show all posts
Showing posts with label 13 Mei. Show all posts

27 June 2014

Zul Nordin, jangan undang 13 Mei


Bekas pemimpin NGO Pendesak Melayu Melayu Zulkifli Nordin memberi amaran keras kepada Kristian "cauvinis dan ekstremis" supaya tidak menguji kesabaran umat Islam.

Menulis artikel berjudul "13-Mei 2.0?" dalam blognya, beliau berkata umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat- menghormati.

“Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi label apalagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

“Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa jika pihak Kristian yang melampau tidak menghentikan kenyataan berunsur hasutan dan provokatif mereka, pastinya “kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei”.

01 September 2013

13 Mei - bukan sekadar Melayu gaduh dengan Cina .... - Said Zahari

OLEH DIYANA IBRAHIM
SEPTEMBER 01, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 01, 2013 11:32 AM
Kepada Said Zahari, peristiwa 13 Mei akibat dari golongan yang tidak senang melihat keharmonian bangsa di negara ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 September 2013.Kepada Said Zahari, peristiwa 13 Mei akibat dari golongan yang tidak senang melihat keharmonian bangsa di negara ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 September 2013.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina.
Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu.
"13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56.
"Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor.
Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah.
"Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara  tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura.
Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat.
Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik.
"Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said.
Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya.
Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan perjuangannya boleh dianggap lesu.
"Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan," katanya.
Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu.
Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan yang baik.
Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri.
Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 27 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
"Ramai yang tidak tahu penentang penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan.
Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah tunduk pada kuasa asing itu PKM digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. – 1 September, 2013.

10 August 2012

Melayu hilang minat pada Umno. mereka takut 13 Mei berulang

10/8/12  UMNO yang terdesak begitu terkenal dengan politik menakut-nakutkan rakyat menggunakan perkauman dan agama – petanda mainan politik kotor yang digunakan oleh ahli-ahli politik terdesak yang sedaya upaya cuba untuk berpaut pada kuasa. Mereka menyedari populariti PAS, dan sudah jelas, tidak lama lagi akan menggantikan UMNO sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mendakwa Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) dipengaruhi oleh komunis dan juga unsur-unsur "asing" dan orang penting di kementerian dalam negeri mengisytiharkan bahawa Bersih adalah sebuah badan yang menyalahi undang-undang tetapi mahkamah undang-undang mendapati sebaliknya. Bersih merupakan satu entiti yang sah. Cawangan Khas berkata JI (Jemaah Islamiah) dan komunis menyusup masuk ke dalam PR (Pakatan Rakyat) juga terbukti salah.

03 August 2012

Apa motif tayang TANDA PUTERA [filem yang memfokuskan kepada tragedi 13 Mei] dikala negara diambang PRU 13


Tanda Putera Mampu Cetus Rusuhan Kaum

 Sebuah filem bertajuk ‘Tanda Putera’ mengalami situasi yang aneh kerana dikritik hebat sebelum ianya ditayangkan kepada umum.


Filem ini menempah kontroversi kerana ia menyentuh isu yang sangat sensitif dan berbaur perkauman kerana memfokuskan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969, satu peristiwa yang berlaku empat dekad yang lampau.

12 May 2010

PAS mahu penganjur Melayu Bangkit disiasat

Mahathir tersengih seronok - Melayu akan berarak nak tunjuk samseng ...
termasuk dia samseng
Jimadie Shah Othman
Mei 12, 10
4:53pm

Walapun perhimpunan besar 'Melayu Bangkit' sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ditangguhkan, Pemuda PAS Terengganu tetap mahukan penganjurnya disiasat polis.

"Kalau batal (terus) kita setuju. Tangguh (program) kita tidak setuju. Harap pihak polis terus menyiasat. Kita curiga ia akan diadakan semula pada masa yang lain," kata Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Mohd Faizul Wan Abas.

Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan perhimpunan 10,000 orang Melayu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu yang ditentang pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan parti politik kerajaan.

Pengerusi GERTAK Razali Idris memberitahu, program yang melibatkan mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu ditangguhkan atas nasihat penganjur bersamanya Institut Integriti Terengganu yang "tidak mahu isu itu dipolitikkan".

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Wan Mohd Faizul berkata pagi tadi beliau mewakili Pemuda PAS negeri membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Terengganu supaya GERTAK disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Pertubuhan.

Dalam aduannya, Wan Mohd Faizul berkata terdapat "kecenderungan menghasut" dan "ada unsur mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia".

"Ini jelas apabila tajuk 'Melayu Bangkit' itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei yang sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang berlaku pada 13 Mei 1969," laporan polis itu dipetik.

GERTAK juga perlu disiasat di bawah akta pertubuhan bagi memastikan keabsahannya sebagai sebuah pertubuhan dipastikan, tambahnya dalam laporan itu.

Menurut Wan Mohd Faizul, turut hadir dalam sidang media itu Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah dan beberapa orang pemimpin Pemuda negeri.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan (kiri), GERTAK menrancang program tersebut bagi membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

Razali dipetik sebagai berkata, tarikh itu dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

Bagaimanapunm sehari selepas diwar-warkan, program tersebut dibantah pelbagai pihak antaranya oleh PAS, PKR, MCA, MIC dan beberapa NGO lagi, dengan mengaitkankkan dengan unsur perkauman. - MKINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive