10 August 2012

Melayu hilang minat pada Umno. mereka takut 13 Mei berulang

10/8/12  UMNO yang terdesak begitu terkenal dengan politik menakut-nakutkan rakyat menggunakan perkauman dan agama – petanda mainan politik kotor yang digunakan oleh ahli-ahli politik terdesak yang sedaya upaya cuba untuk berpaut pada kuasa. Mereka menyedari populariti PAS, dan sudah jelas, tidak lama lagi akan menggantikan UMNO sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mendakwa Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) dipengaruhi oleh komunis dan juga unsur-unsur "asing" dan orang penting di kementerian dalam negeri mengisytiharkan bahawa Bersih adalah sebuah badan yang menyalahi undang-undang tetapi mahkamah undang-undang mendapati sebaliknya. Bersih merupakan satu entiti yang sah. Cawangan Khas berkata JI (Jemaah Islamiah) dan komunis menyusup masuk ke dalam PR (Pakatan Rakyat) juga terbukti salah.
Dan sekarang Muhyiddin Yassin TPM (Timbalan Perdana Menteri) sedang merosakkan minda orang muda dengan peristiwa 13 Mei yang sudah lama dilupakan.
UMNO yang mengecewakan ini terdiri daripada beberapa ahli politik yang cuma pandai bercakap tetapi tidak mempunyai idea untuk melakukan dan memberi inspirasi dan bagi menyatu padukan rakyat Malaysia. Ia masih mengamalkan tradisi pecah dan perintah yang telah digunapakai selama lima dekad yang lalu. Ia hanya menunjukkan bahawa UMNO tidak relevan mengikut masa.
Ahli politik yang kalah dan menang
Muhyiddin telah dilaporkan berkata, "Bersatulah untuk mengelak berulangnya 13 Mei". Dia dilaporkan telah mengatakan ini kepada sidang belia kebangsaan yang diadakan di Parlimen baru-baru ini. Muhyiddin menyeru generasi muda supaya "bersatu dalam usaha untuk memastikan negara ini kekal aman dan stabil dan untuk mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei, 1969".
Adakah dia cuba memberitahu bahawa pilihan raya umum akan datang akan menjadi sebuah pilihanraya yang "kotor" supaya negara masih kekal berada di bawah kekuasaan UMNO? Tidak mampukah Pembangkang memastikan kestabilan politik dan ekonomi di negara ini?
Empat negeri yang berada di bawah pemerintahan pembangkang - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - sebenarnya stabil dari segi politik dan ekonomi. Negeri-negeri ini sebenarnya mempunyai prestasi yang lebih baik daripada negeri-negeri yang ditadbir BN.
Belia tidak perlu diingatkan kepada "perisytiharan darurat" selepas peristiwa 13 Mei yang "menyelamatkan" Malaysia. Mereka mempunyai visi mereka sendiri untuk negara yang Muhyiddin akan dapati sukar untuk difahami dengan kebolehannya.
Sebenarnya, peristiwa 13 Mei berlaku kerana hasutan sekumpulan kecil ahli politik yang tidak puas hati dan pemenang yang bergembira sejurus memenangi pilihan raya umum 1969 yang bertukar menjadi rusuhan perkauman. Ia adalah kejadian terpencil – kebanyakkannya berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dengan beberapa insiden di beberapa tempat lain di negara ini.
13 Mei merupakan titik rujukan bagi rakyat Malaysia, tidak syak lagi. Perkelahian antara mereka yang menang dan kalah telah mencetuskan keganasan yang tidak diduga antara kaum dalam komuniti. Seluruh episod yang telah berlalu itu telah dilupakan. Generasi rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan bersatu, mereka tidak nampak perbezaan kaum dan agama sebagai alasan yang kukuh untuk bertelagah.
Tetapi adakah UMNO ikhlas untuk mengelakkan tragedy 13 Mei? Atau adakah Muhyiddin lebih berminat untuk menggunakan untuk menghasut orang ramai supaya mengundi untuk UMNO?
"Muhyiddin jelas cuba menakutkan rakyat dengannya," kata pemimpin sayap pemuda PAS." Kata-kata dari TPM menegaskan dirinya ‘Melayu dahulu Malaysia kemudian ini benar-benar merupakan satu pengkhianatan," tambahnya lagi.
Apa kata MCA, MIC dan Gerakan?
Niat utama Muhyiddin di sini adalah untuk menakut-nakutkan belia. Sudah semestinya telah berjaya mengusik perasaan belia. "Mengapa kerajaan yang diwakilinya tidak pasti akan perpaduan nasional apabila rakyatnya sendiri yang seolah-olah yakin tragedi itu tidak akan berlaku sekali lagi," tanya seorang penyokong PAS.
Apa yang telah MCA, MIC dan Gerakan dapat katakan tentang ugutan oleh Muhyiddin? Atau adakah UMNO merasakan bahawa pihak ini tidak lagi penting dalam perkongsian politik mereka? Atau mungkin pihak-pihak ini sedang berkira-kira untuk meninggalkan BN (Barisan Nasional) supaya ahli-ahli mereka boleh mengundi bagi PR dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk mengajar UMNO tentang keharmonian kaum.
UMNO sering merasakan seolah-olah sentiasa ada buruk sangka antara orang Melayu dan bukan Melayu. Selalunya, orang bukan Melayu akan menjadi mangsa hegemoni politik UMNO di Malaysia.
Sedikit pun UMNO tidak perasan bahawa taktik "buli" minda ini tidak disukai oleh sebahagian besar penduduk Melayu yang merasakan bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum harus hidup bersama dengan keadilan sosial, keharmonian kaum dan perpaduan mengikut ajaran Islam.
Ironinya tragedi 13 Mei telah berlaku lebih daripada empat dekad yang lalu dan UMNO sentiasa mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka telah melakukan keajaiban dalam memupuk perpaduan antara kaum. Namun, UMNO mempunyai ramai pemimpin yang tidak pernah berhenti menaikkan semangat insiden 13 Mei.
Tidak akan berulang
Sekarang sudah 40 tahun ia berlalu dan Muhyiddin masih berfikir bahawa tragedi 13 Mei boleh berlaku lagi. Kenapa dia tidak yakin akan apa yang kerajaan telah lakukan selama ini? Ini mungkin hanyalah strateginya untuk menggoncangkan kemarahan rakyat supaya mereka mengundi untuk parti pemerintah.
Mungkin Muhyiddin secara tidak langsung mahu mendorong belia untuk memulakan rusuhan kaum jika UMNO tidak menang dalam pilihan raya umum yang akan datang "Tiada rakyat Malaysia yang mahu 13 Mei berulang semula," kata seorang penyokong PAS di Shah Alam. "Kami orang Melayu akan memastikan bahawa kejadian ini tidak akan berulang lagi," katanya.
Seorang lagi penyokong PAS dari sebuah universiti tempatan menyindir, "Jika berlaku rusuhan kaum lagi, ia pasti merupakan kerja kotor UMNO melalui penyangak seperti PERKASA dan Pekida." "Tidak seperti tahun 60-an, sokongan Melayu pada PAS hari ini agak padu dan orang Melayu berada di kedua-dua jurang politik. Tidak mungkin tragedi 13 Mei akan akan berulang lagi," tambah beliau.
Mengeluarkan ancaman yang tersembunyi mempunyai risiko berulangnya 13 Mei secara tidak langsung menggalakkan ia supaya berlaku jika kemenangan tidak berpihak pada UMNO. Tetapi emosi yang meningkat sejak insiden 1969 telah lama mati dan dinamik yang mencetuskan kejadian itu sudah tidak wujud lagi.
"Ia adalah satu rahmat apabila semua kumpulan etnik di negara ini berpecah kepada dua kumpulan yang berbeza - BN dan PR," kata seorang pemerhati politik. "Oleh kerana kesiembangan ini peristiwa 13 Mei tidak akan berlaku lagi," katanya.
Muhyiddin sudah jauh ketinggalan dalam dunia politik. Dia pasti sentiasa mengingati nostalgia kejadian yang berlaku lebih 40 tahun yang lalu. Dia masih terlupa hakikat bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah matang dari segi politik dan bersatu di bawah dua bendera politik - BN atau PR, di mana dalam gabungan kedua, perbezaan bangsa dan agama menjadi isu yang besar.
Golongan muda hari ini pada dasarnya bersatu menentang kezaliman, penindasan dan pemerintahan zalim. Persoalannya sekarang adalah untuk bersatu di bawah panji-panji BN atau PR? Mereka sudah cukup bijak untuk membuat keputusan.
Pemimpin politik yang tidak boleh diharap
Hantu 13 Mei telah hilang relevannya pada hari ini. Rakyat Malaysia dari semua kaum telah mara ke hadapan kecuali UMNO, yang masih tidak bermoral dan menghadapi bahaya sebenar akan ditolak oleh rakyat selepas pemerintahan yang berpanjangan, tanpa moral dan korupsi selama 55 tahun.
Oleh itu, terdapat keperluan untuk UMNO menakutkan rakyat dengan hantu 13 Mei. Melayu boleh bersatu di bawah UMNO. Mereka juga boleh bersatu di bawah PAS dan PKR. Malah, semua rakyat Malaysia boleh bersatu di bawah dua sepanduk politik - BN atau PR. Ini petanda baik bagi negara kerana kejadian 13 Mei tidak akan menjadi alat untuk menakutkan rakyat bagi oportunis politik.
Muhyiddin adalah seorang lelaki yang tidak sabar untuk menggantikan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan tidak takut untuk menggunakan politik murahan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan menyemai perasaan takut orang bukan Melayu. Dia mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa dia lebih pro-Melayu daripada komandernya yang lebih tinggi, Najib. Muhyiddin bagaimanapun, kekurangan karisma sebagai seorang ahli politik.
Dia adalah contoh kes pemimpin UMNO yang sanggup mengeluarkan kenyataan keji untuk mengekalkan kuasa UMNO walau apa jua cara apabila rakyat mempunyai lebih ramai pilihan selain daripada UMNO untuk mewakili mereka. Nampaknya Muhyiddin hanya seorang pemimpin yang tidak boleh diharap untuk memilih untuk berpolitik secara bijak tetapi menggunakan taktik kotor ke atas bangsa untuk mengekalkan kuasa UMNO.
Dalam sistem dua parti tanpa mengira parti mana yang akan menang pada pilihan raya umum yang akan datang, ia adalah tanggungjawab pemimpin politik untuk memastikan bahawa rakyat tidak menggunakan keganasan. Siapa yang akan mendapat Putrajaya akan diputuskan oleh rakyat dalam proses demokrasi dan ahli politik tidak mempunyai hak untuk memaksa atau menakutkan belia untuk mengundi mana-mana pihak.
Hilang minat pada UMNO
"Muhyiddin memerhatikan bahawa pengundi Melayu kehilangan kepentingan dalam UMNO dan dia mengingatkan mereka pada peristiwa ' 13 Mei’ untuk mengaktifkan kenangan yang menakutkan itu," kata seorang lagi pemimpin PAS. "Ia kelihatan seperti '13 Mei’ kembali untuk menakutkan kami supaya mengundi UMNO. Orang yang tamak akan kekayaan ini tidak akan mengubah gaya politik mereka, "tambah beliau.
13 Mei adalah episod yang patut dibuang untuk kebaikan generasi baru rakyat Malaysia. Tumbuhnya kelas menengah Melayu yang akan rugi jika terdapat rusuhan kaum. Bukan Melayu, terutamanya Cina, cukup bijak untuk tidak mewujudkan kebimbangan kerana mereka sudah berdaya tahan untuk menaikkan taraf hidup dan nasib mereka di negara ini.
Oleh yang demikian, strategi UMNO ini tidak boleh diterima oleh Melayu "baru". UMNO seolah-olah tidak dapat mengelakkan daripada mengguna taktik lama mereka dengan bangsa, agama mahupun 13 Mei dalam cara mereka berpolitik. "Ini sebenarnya adalah taktik yang digunakan oleh UMNO sejak beberapa dekad lepas untuk terus berkuasa dan membolehkan mereka untuk terus merompak kekayaan negara," kata seorang pemerhati politik.
Malaysia seolah-olah mendukung perpaduan nasional. Tetapi kini, yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana tidak aman dan perpecahan serta menakutkan rakyat akan peristiwa 13 Mei bukanlah Pembangkang.
Muhyiddin boleh meminta belia untuk bersatu tetapi tidak semestinya di bawah platform BN. Mereka juga boleh bersatu di bawah platform PR. Semua golongan muda pada hari ini mempunyai perspektif mereka sendiri tentang bagaimana negara harus ditadbir.
Bersatu di bawah panji politik yang menegakkan keadilan sosial
"Golongan muda hari ini bersatu untuk menentang apa jua bentuk keganasan dalam masyarakat. Belia Islam berpadu mahukan Malaysia yang aman mengikut ajaran Islam untuk keharmonian kaum dan perpaduan, "kata seorang penggubal undang-undang PAS di Selangor.
UMNO perlu menerima kemungkinan kekalahan dalam pilihan raya umum yang akan datang. Rakyat tidak akan membenarkan apa-apa perisytiharan darurat yang didorong oleh apa jua bentuk keganasan, "katanya.
Meningkatkan hantu 13 Mei adalah sama seperti tidak matang dalam berpolitik. Tiada satu parti pun yang pernah memerintah selama-lamanya di sesebuah negara. "Jangan menipu manusia untuk mengundi UMNO dengan hantu 13 Mei," kata seorang pemimpin belia PAS di Selangor.
Hanya ahli politik yang tidak inovatif dan optimistik akan menggunakan rasa benci dan keganasan untuk mencapai matlamat mereka yg mementingkan diri sendiri. Selama hampir 40 tahun dalam sejarah kita, orang Melayu, Cina, India dan yang lain telah hidup dalam keharmonian tanpa insiden rusuhan kaum. Hanya ahli politik yang mementingkan diri sendiri akan terus menaikkan sentimen perkauman untuk kekal berkuasa.
"Generasi muda perlu bersatu untuk mewujudkan satu sistem dua parti untuk negara. Mereka perlu bersatu di bawah panji politik yang mementingkan keadilan sosial dalam tadbir urus, "ujar seorang pemimpin belia.
Hantu 13 Mei telah lama mati. Belia di negara ini seharusnya ada kesedaran dan berjuang, antara lain, menentang kezaliman, keganasan, ugutan, perkauman, ketaksuban agama, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Mereka harus berdiri sama tinggi dengan bersatu di bawah panji-panji gabungan yang menjamin masa depan yang lebih baik untuk negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive