10 August 2012

Najib salahguna Hadis untuk mempertahankan tema hari kemerdekaan

Nizar dakwa Perdana Menteri menyalahguna hadis untuk mempertahankan tema hari ulang tahun kemerdekaan, Janji Ditepati.


PETALING JAYA: 10/8/12 Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan tema hari ulang tahun kemerdekaan ke -55, Janji Ditepati.

“Ini pembohongan paling besar Najib dalam bulan Ramadan.

“Ini tanda-tanda orang yang cukup terdesak,” kata Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib bahawa tema hari kemerdekaan, Janji Ditepati ialah berdasarkan keperluan agama Islam dan bukannya retorik politik.

“Tema tersebut berdasarkan prinsip agama. Kita berjuang untuk menepati janji kepada rakyat.

Menurut beliau tema tersebut ialah bukti kerajaan BN dibimbing al Quran dan Sunnah ketika berkhidmat untuk rakyat.

“Kita akan menunaikan janji agar rakyat yakin. Kita mahu membuktikan negara ini ialah model negara Islam contoh,” kata Najib yang menambah bahawa kegagalan menepati janji akan menyebabkan rakyat melihat BN sebagai hipokrit.

Nizar menjelaskan bahawa Najib telah menyalah petik konteks hadis.

“Ini tidak menunjukkan sama sekali bahawa tindakannya selaras dengan As Sunnah,” kata Nizar.

Tema Umno

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan tema hari kemerdekaan ke – 55, Janji Ditepati ialah tema untuk Umno semata-mata.

“Tema itu tema Umno – BN. Ia sudah dijaja di seluruh negara.

“Justeru itu, tema itu untuk orang Umno sahaja bukan untuk rakyat Malaysia,” kata Mahfodz yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS  Johor dan ahli Majlis Syura PAS Pusat.


Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kempen Janji Ditepati oleh BN di seluruh negara.
Mahfodz turut mendakwa Najib tidak menepati janji.

“Beliau kata nak banteras rasuah tapi perasuah besar tidak diambil tindakan,” kata Mahfodz dengan merujuk kepada kes pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang juga Adun Bagan Lalang.

Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang di dalam pemilihan naib presiden Umno semasa perhimpunan agung Umno 2004.

Isa digantung jawatan tetapi tiada tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas alasan ia isu parti.
Mahfodz menambah bahawa dalam Islam orang yang berjanji tanpa menepatinya dianggap munafik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive