PETALING JAYA – Skop Production menyanggah komen mengatakan filem terbitannya, Jalan Kembali Bohsia 2 menghina agama Islam apabila memaparkan watak Keting lakonan Sofi Jikan memaki serta menolak seorang imam sehingga terjatuh di depan sebuah masjid dalam filem itu.
Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.
“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu.
“Sedangkan pada mulanya, anak saya yang juga pengarah filem ini, Syamsul Yusof mahukan watak Keting digambarkan menendang imam itu tetapi saya tidak kasi kerana itu keterlaluan. Pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan.
“Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keislaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton filem itu di pawagam Cathay, Mutiara Damansara di sini semalam.
Selain Sofi Jikan, Jalan Kembali Bohsia 2 yang akan ditayangkan mulai 7 Jun ini di pawagam-pawagam seluruh negara merupakan sekuel daripada filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Zizan Razak, Nabila Huda, Salina Saibi dan Sherina Redzuawan.
Sementara itu, pengarah Jalan Kembali Bohsia 2, Syamsul Yusof turut menjelaskan filem tersebut bukan sahaja tidak menghina agama Islam, malah ia sarat dengan elemen nasihat dan pengajaran yang menggunakan surah al-Quran bagi menguatkan lagi elemen Islamik di dalamnya.
“Ini adalah filem arahan saya yang ketujuh. Sepanjang mengarahkan filem ini adalah filem saya yang paling banyak menyelitkan elemen keislaman di sebaliknya. Dulu saya gunakan juga formula itu dalam filem Khurafat tetapi kali ini unsur keislaman itu saya selitkan lebih banyak lagi.
“Bukannya senang memaparkan kisah mat rempit dan bohsia dalam filem serta menyuntik elemen islamik di dalamnya. Itu cabaran saya dalam filem ini,” katanya yang juga pengarah Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam yang mengutip tiket RM4.5 juta sewaktu tayangannya pada tahun 2009. – mynewshub.my
1 comment:
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
Post a Comment