Sutradara filem Laga, Ismail Yaacob menegaskan beliau tidak menjual aksi ranjang semata-mata di dalan filem kedua arahannya itu. Sebaliknya babak panas yang diselitkan menerusi lakonan Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su kerana ia antara adegan penting bagi menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.
Babak tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.
"Babak itu bukan kita buat semata-mata ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita. Babak itu terlalu sedikit tetapi menarik dan saya tak nafikan babak itu pasti akan jadi tumpuan ramai. Cuma bila trelernya diletakkan di dalam Youtube dan di-cut setakat tu, ia nampak seperti satu aksi yang buruk.
"Babak itu adalah babak teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami yang terhadap isterinya yang jauh lebih muda", jelasnya ketika ditemui pada pelancaran OST filem tersebut di Menara Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis tersebut pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu.
Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.
"Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Dan pada mulanya pun ia dipotong oleh pihak LPF. Namun selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya.
Tambah Ismail lagi, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
"Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.
No comments:
Post a Comment