14 NOV 2013, 12:00AM | KAMARUDDIN RAZAL | BERITA ARTIS >
Selepas 11 tahun bersendirian, pelakon dan penerbit, Syanie bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014 dengan tunangnya, Nadi Putera Mohd Zainol.
"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014. Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," tutur Syanie ketika ditemui di sidang media Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ketika ditanya apakah perasaannya untuk meniti ke fasa baru kehidupan setelah 11 tahun bersendirian, Syanie menjelaskan dia gementar dan takut untuk kembali bergelar seorang isteri.
"Saya bukan sahaja gementar, tapi perasaan takut pun turut ada. Sebelum ini memang saya pernah mengenali beberapa orang, tapi jodoh itu tiada. Saya sudah mengenali Putera selama tujuh tahun dan dia pernah bekerja dengan saya," cerita Syanie lagi.
Syanie juga menegaskan dia tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda dari usianya.
"Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya. Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera orangnya senang dibawa berbincang," ujar Syanie lagi.
Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan juga Putera. Untuk perkahwinan sebelum ini, Syanie tidak dikurniakan anak manakala Putera mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Syanie bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

No comments:
Post a Comment