14 November 2013

Ning mahu bukukan fantasi sex sendiri?

Mahu Bukukan Fantasi Seks Sendiri?

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Baru-baru ini, diva Ning Baizura dikatakan mahu membukukan kisah mengenai fantasi seksnya yang pernah hangat menjadi bahan bualan suatu ketika dahulu.

Ada juga cakap-cakap nakal yang mengatakan figura yang lebih mesra dengan panggilan Ning itu tidak pernah penat untuk mencipta publisiti bagi meraih perhatian orang ramai.
Bercakap kepada akhbar Kosmo! hari ini penyanyi bersuara soprano ini berkata dia terkejut dan terkilan dengan dakwaan tersebut kerana dia hanya merancang untuk menulis sebuah buku autobiografi mengenai kisah hidup saya sepanjang bergelar anak seni, tidak tertumpu pada perkara itu sahaja.
Tambahnya, mungkin isu ini timbul akibat berlakunya salah faham. Menurut Ning, perkongsian kisah hidupnya dengan peminat bersifat universal. Ia juga berkait rapat dengan jatuh bangun dirinya ketika bergelar anak seni.
Banyak yang perlu ditelan sepanjang 20 tahun bergelar anak seni. Sepanjang tempoh itu juga, Ning semakin matang dan faham tentang selok- belok industri hiburan terutamanya yang melibatkan isu-isu berkaitan peribadi.
Ning yang bakal mengadakan konsert Pelangi Untukmu pada 16 November ini di TM Convention Centre, Kuala Lumpur berharap orang ramai khususnya peminatnya menjadi lebih matang dalam menilai sesuatu cerita yang disampaikan.

1 comment:

Anonymous said...

adakalanya...cerita2 yg mengaibkan tk perlu di hebahkan atau dibukukan sbb yg malunya nnti kita dan mungkin keluarga kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive