15 August 2012

Seksyen 114A - Senator BN pun mahu undang-undang disemak

August 14, 2012

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Senator Gan Ping Sieu mahu Putrajaya menyemak semula undang-undang yang mengancam kebebasan hak asasi di internet apabila kebanyakan organisasi hari ini — termasuk Majlis Peguam — tidak menggunakan internet kerana kempen 'Internet Blackout Day' hari ini.

Naib Presiden MCA (gambar) itu adalah wakil rakyat ketiga daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta kerajaan melakukan perkara itu apabila Putrajaya meminda Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang mana menjadikan mana-mana kedai kopi menawarkan perkhidmatan WiFi turut berisiko diambil tindakan terhadap kesalahan hasutan dan jenayah atas kesalahan dilakukan pelanggan mereka.

“Saya menuntut kerajaan menyemak semula pindaan Akta Keterangan, lebih spesifik Seksyen 114A dan mengambil peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan saya terhadap pindaan ini, yang mana memberikan kempen ke seluruh negara untuk kerajaan menyemak dan meluluskannya dalam sidang Parlimen.

“Akta ini bakal memberikan kesusahan kepada mereka yang tidak bersalah jika ditangkap atas dakwaan penyalahgunaan Internet, seperti ‘hacking’ pencuri identity; penipuan, seperti ‘Tweet-jacking’, termasuk pembekal perkhidmatan Internet di pusat membeli-belah, kedai kopi, dan kawasan awam lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Akta baru itu memperuntukan pengguna Internet berdaftar adalah penerbit untuk mana-mana penerbitan dihantar daripada komputer yang dihubungkan dengan servis talian, kecuali sebaliknya dibuktikan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive