KENDIRI - Seorang lelaki nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis daerah Kediri, Jawa Timur, Indonesia apabila dia dibelasah sekumpulan polis di rumahnya di kampong Selosari, selepas didakwa terlibat dalam kes dadah.
Mintora berkata, ketika kejadian dia dan isterinya, Yuni sedang bersiap untuk menunaikan solat Aidilfitri dan secara tiba-tiba tujuh anggota polis menyerbu masuk ke rumah.
"Pintu ditendang lalu memaksa saya memberitahu lokasi penyimpanan dadah,” katanya.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan soalan itu hanya mengaku tidak faham namun seorang daripada anggota polis terbabit menumbuk mukanya hingga dua batang giginya patah.
Kejadian itu menyebabkan ketua kampung terbabit bertindak campur tangan.
Selepas diperiksa ternyata anggota polis terbabit tersilap suspek selepas memeriksa kad pengenalan Mintora.
Namun penduduk kampung yang berang dengan tindakan polis itu mengambil tindakan membelasah anggota polis terbabit sebelum disuraikan oleh sekumpulan anggota polis tempatan - SINAR
No comments:
Post a Comment