31 August 2012

Jelajah Merdeka Rakyat - "Double Decker" kini di Macang



[update 11.25PM - 31 AUG 2012- Kini di Tanah Merah] Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat telah dilancarkan pagi tadi di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana Damansara.
Dalam ucapan perasmian siri jelajah itu, Ketua Umum KEADILAN, berkata “Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Destinasi pertama jelajah hari ini bermula hentian pertama di Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut yang dihadiri ratusan orang.





Selepas negeri Pahang, Siri jelajah ini meneruskan perjalanan ke Kelantan, program pertama ialah  Sambutan Eidul Fitri di Pejabat Penyelia DUN Nenggiri, Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan




Malam ini dijadualkan bas jelajah ini akan berhenti singgah untuk  7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan lebih kurang jam 7 malam hingga 8.30 malam sebelum menruskan perjalanan ke Macang untuk sambutan Eidul Fitri di Pejabat PKR Cabang Macang, Kweng Hitam, Macang, Kelantan pada jam 9.00 malam.

Selepas itu pada malam nanti bertempat di Tanah Merah (P) akan diadakan Ceramah Perdana - Merdeka Rakyat, antara penceramah malam ini ialah
 

 1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Saifuddin Nasution
3. YB Dato’ Nik Amar Nik Abdullah
4. YB Fatah Mahmud
5. YB Amran Abdul Ghani Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan
Pagi esok bermula jam 8.30 pagi siri jelajah hari kedua akan bermula di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan untuk majlis sarapan pagi.- AIC

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive