07 September 2012

Gobind pula minta IGP perjelas tindakan mengikut Akta Hasutan


4:25PM Sep 7 2012

NONEMP Puchong Gobind Singh Deo berkata penahanan dan siasatan ke atas tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi yang didakwa memijak gambar perdana menteri dan isteri dibuat berdasarkan takrif yang longgar ke atas Akta Hasutan 1948.

Tindakan memijak gambar itu tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan mengikut Akta Hasutan, malah perdana menteri juga telah mengumumkan untuk memansuhkan undang-undang tersebut, katanya.

Gobind seterusnya merujuk Seksyen 4 dalam akta tersebut yang menyatakan bahawa seseorang individu yang bertindak atau cuba melakukan perbuatan yang mempunyai "kecenderungan menghasut" bertindak melakukan kesalahan.


Beliau juga merujuk Seksyen 3 akta berkenaan yang menggariskan takrif "kecenderungan hasutan" itu – antaranya kecenderungan untuk "mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
negeri".

Takrif untuk "kerajaan" pula, mengikut Seksyen 2 akta itu dinyatakan sebagai kerajaan Malaysia dan mana-negeri di negara ini.

"Maka, akta ini tidak tertakluk kepada perdana menteri dan isterinya secara individu. Ia mesti dilihat dalam konteks yang betul," katanya yang menambah akta itu hanya boleh diguna sekiranya menghina pentadbiran kerajaan dan bukan ke atas perdana menteri.

NONE"Meluaskan takrif istilah 'kerajaan' kepada individu yang merupakan sebahagian daripada kerajaan akan melonggarkan definisinya terlalu jauh," katanya lagi.

Beliau mengulas tindakan polis yang menahan dan menyiasat seorang model, Ong Sing Yee, 19, dan individu lain mengikut akta tersebut atas perbuatan mereka semasa sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos lalu.

Seorang rakan Ong yang menemaninya dalam sidang media semalam, Lim Kian Peng dilaporkan mendakwa, beliau diminta menandatangani satu pengakuan berhubung Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan ketika siasatan.

Bagaimanapun, polis dalam satu kenyataan pada 2 September lalu menyebut bahawa pasukan itu menggunakan peruntukan bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan adalah berhubung siasatan ke atas tindakan peserta perhimpunan yang membawa bendera Sang Saka Malaya pada perhimpunan tersebut.

Menurut polis, individu yang didakwa memijak gambar Najib itu pula disiasat mengikut Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan sementara tindakan peserta yang didakwa menunjukkan punggung ke arah gambar Najib pada perhimpunan itu pula disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive