07 September 2012

Kes pemain bowling rogol remaja bawah umur : Bila orang dah bising-bising baru depa kata boleh semak semula ....

Noor Afizal Azizan, pemain boling negara yang terselamat dari hukuman penjara atas kesalahan merogol remaja bawah umur. Pix: Sinar HarianNoor Afizal Azizan, pemain boling negara yang terselamat dari hukuman penjara atas kesalahan merogol remaja bawah umur. Pix: Sinar HarianPUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah itu menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes itu.

"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Mahkamah boleh putuskan kemudian. Saya tidak dapat ramalkan apa yang akan terjadi. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya di Istana Keadilan di sini.

Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Peguam Negara  Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak pendakwaan sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusannya.
  
Pada 8 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka yang membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis berumur 13 tahun.

Panel itu mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka yang membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat, selepas Mahkamah Sesyen melepaskannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun, 2009.

Kepada soalan mengenai juruelektrik Chuah Guan Jiu yang juga dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur, Arifin berkata adalah subjudis untuk beliau mengulas kes itu ketika ini.

"Peguam Negara sedang merayu (keputusan Mahkamah Sesyen), ia akan mewujudkan keadaan prejudis terhadap kes rayuan (jika beliau (Arifin) mengulasnya). "Tetapi kami akan menelitinya. Kami akan pertimbangkan semua aspek kes ini. Keputusan Mahkamah Rayuan adalah muktamad. Tiada apa yang kami dapat lakukan," katanya.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive