- Abdul Rahim Sabri & Ahmad Fadli KC
- 2:16PM Sep 6 2012
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".
"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itup un saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.
"Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa pun tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang. Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.
Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan kenapa gadis yang menyerah diri itu digari tangannya. - Malaysiakini
1 comment:
Bro Polis, sila nyatakan seksyen dalam CPC atau Criminal Procedure Codes yg memberi kuasa kepada Polis utk mengari orang awam. gadis cina tersebut belum lagi dipanggil penjenayah selagi tidak didakwa ..... kalau didakwa pun atas Kanun Keseksaan seksyen yg mana?
Post a Comment