Showing posts with label OKT. Show all posts
Showing posts with label OKT. Show all posts

06 September 2012

Pijak gambar Najib : Kenapa polis gari gadis serah diri?

  • Abdul Rahim Sabri & Ahmad Fadli KC
  • 2:16PM Sep 6 2012

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itup un saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.

15 September 2010

Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) awal Mac lalu.

Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh polis Bukit Aman diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

“Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor. - TMI

14 September 2010

Kes Sosilawati : Apakah suspek utama ada hubungan dengan PDRM? - AMK

13 Sept 10: ‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.

Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang.

"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis.

"Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor.

Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan.

Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan.

"Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis.

"...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah.

"Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional.

"Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS

13 September 2010

Wajah 2 ekoq Haramjadah yang dituduh membunuh Datuk Sosilawati dan 3 lagi

Aku kata binatang ... atau lebih teruk dari binatang. Kalau binatang pun akan ada hati perut untuk menyayangi sesama mereka.
Mengikut kenyataan polis, Datuk Sosila dan 3 yang lain dipukul, ditikam dan akhirnya dibakar ... apakah masih ada manusia yang tak bertamaddun ... atau memang tak selamat lagi di negara ini gara-gara penguatkuasaan undang-undang nya yang longgar.
Atau 'haramjadah' ni berfikir mungkin dia akan terlepas kerana punya hubungan dengan orang-orang atasan di pihak pemerintah atau penguatkuasa undang-undang di negara ini.
Atau dia juga berpendapat segala-galanya boleh dibeli dengan wang ringgit, dalam sebuah negara yang terkenal dengan rasuah ini?
Sama-sama;ah kita berfikir. ... "Apa pun boleh terjadi dengan wang ringgit"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive