LELAKI digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia:
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup. Tidak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tidak pernah puas. Ada saja yang tidak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
2 comments:
camna nak tahu sebelum kahwin, u nak psg cctv kat rumah die ke? klu tanya sape nak mengaku?
KLIK giliran jui meng hentam soi lek
Malangnya bila ulat bulu dah naik mata, pesan memesan semua jadi lupa.
Termaktub sudah lelaki baik untuk perempuan baik, begitulah juga sebaliknya tambahan pula jodoh sudah ketentuan.
Yang pastinya pakat jadi baik2lah wahai para lelaki, kalau dah nak jauh sangat dari 6 ciri tu tadi.
Hawa dicipta memang untuk menggoda, digoda dan tergoda.
Selebihnya pandai2lah jaga diri, jaga hati emak bapa sebelum jadi lelaki.
Post a Comment