08 October 2012

[Artis] Siapa Emma Maembong? & Kontroversinya


GUA akui memang tidak kenal Emma Maembong sebelum ini. Tetapi sejak seminggu yang lalu, ada saja kontroversi tentang pelakon jelita yang memegang watak sebagai Munirah dalam drama 'Kau Yang Terindah' itu.

                         

Dari tidak mengenali langsung aktres baru itu, tiba-tiba terdetik di hati GUA untuk menyiasat lebih lanjut tentang dirinya. Begitulah penangan sebuah kontroversi yang mampu menolong melonjakkan nama sesiapa saja.



                         

Sedikit fakta asas terlebih dahulu. Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani bt Ismail. Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish; bagaimanapun, ibu bapanya sudah berpisah - dilahirkan pada 27 Mac 1992. [sumber]

                          

Emma merupakan panggilan manja kawan-kawannya. Nama Maembong pula, bukanlah nama glamor, gabungan Mael Lambong. Sebaliknya, ia cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya. [sumber]
     

Mempunyai 10 orang adik-beradik [Sumber], salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan. Terbarunya, Cha Cha tampil di slot Lestary TV3, 'Mimpi Cindarella'. Abang Emma pula, Bakri, pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta dan pernah berkhidmat untuk Flop Poppy, Meet Uncle Hussain dan Azlan & The Typewriter.

      

Emma mula mendapat perhatian apabila tampil dalam drama 'Kau Yang Terindah', arahan Erma Fatima, di samping Nazim Othman dan Neelofa. Drama lakonan pertamanya adalah 'Facebook Ustazah Shamsiah'. Dia bakal muncul di dalam drama 'Rindu Rania' di slot Akasia TV3.

      

Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'. [Sumber]

      

Tidak dapat disangkal, Emma adalah bintang baru yang harus diberi perhatian. Jika ada yang masih ragu-ragu terhadap popularitinya, satu laporan di akhbar News Straits Times bertajuk 'GOOGLE: Malaysia’s Top 10 Fastest Rising Searches on Google' untuk minggu 21 - 27 Sept, nama Emma tersenarai apabila gambarnya berhijab tersebar.

                      
                      Kredit gambar: Facebook Emma
Dan buat anda yang tertanya-tanya, maaf, hati Emma sudahpun dimiliki oleh seorang jejaka bernama Adly Zaeem. [Sumber]

Kontroversi 1 - Dituduh "kaki propa"

- Selepas gagal menghadiri sesi fotografi dengan wartawan sebuah akhbar seperti yang dijanjikan. Malah dikatakan tidak memaklumkan kelewatannya kepada wartawan berkenaan.

      

Penjelasan Emma: 
Dia lewat sejam kerana sakit teruk dan telah memaklumkan perkara itu kepada wartawan. Tetap mengagahkan diri untuk ke sesi fotografi tersebut malah menawarkan untuk mencari jurusolek sendiri bila diberitahu jurusolek sudah balik. Tetapi sesi fotografi itu terpaksa dibatalkan juga bila wartawan berkenaan sibuk.

      

Setiap temujanji akan dihadiri tepat pada masanya, kata Emma. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui kesalahan sendiri. [Sumber]

Kontroversi 2 - Gambar cium

- Beberapa kepingan gambarnya - di mana dia dilihat berpelukan dan bercium dengan lelaki, termasuk sekeping foto yang melihatnya berpakaian seksi - mula diedarkan di Internet.

                 
                       Kredit gambar: 
ohbulan

Penjelasan Emma: 
Gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya. [Sumber]

                          
                          Kredit gambar: ohbulan

Dan di bawah, luahan Emma sendiri di Facebooknya:

"Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.
                        

           
           Kredit gambar: ohbulan

Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg...kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina.

ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :')

      

GUA suka dengan cara Emma dan diharapkan selepas ini tiada lagi kedengaran cerita-cerita kontroversi tentang dirinya. Sebagai pendatang baru, perjalanan masih jauh dan bakat yang ada harus diasah. Selamat berjaya! - GUA

1 comment:

fredd said...

sebulan lebih dengar nama ni, hari ni baru terdetik nak tau sape dia sebenarnya. dari blog cik epal sebenarnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive