Kepada :
George Soros
Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives,
6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue,
New York City, United States of America
Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives,
6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue,
New York City, United States of America
20 September 2012
Adinda-ku George,
Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adinda-ku seorang. Kekanda sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin.
Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur, baru selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru. Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri beberapa kali kekanda jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang.
Berbesar hatilah kekanda memberitahu adinda-ku, pada tahun ini isteri kekanda menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahi bekas Menteri Kerja Raya kekanda. Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda dapat mengumpulkan rambut sebegini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira. Agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.
Adinda-ku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kekanda sampai di New York 2002 dahulu. Kekanda masih ingat lagi bagaimana salji begitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di Lapangan Terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut.
Apakah adinda-ku ingat lagi bagaimana adinda memberi nasihat apabila kekanda merancang untuk bertemu Presiden George Bush pada 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi bernama Jack Abramoff.
Adinda-ku, kekanda sedar Abramoff seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kekanda tahu Abramoff adalah pelobi Yahudi yang penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi itu bekerja melobi ahli Kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Isreal.
Adinda-ku George Soros,
Kekanda tiada pilihan. Macai dan Gurkha kekanda seperti Datuk Raba Raba telah berusaha kuat. Dengan hati terbuka kekanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba untuk melanggan si Yahudi Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan memperbaiki imej kekanda yang dicemar Gerakan Reformasi.
Adinda-ku jangan risau. Memang hampir 2 juta dolar atau 6 juta ringgit duit Malaysia yang diminta si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi sengaja memberi tekanan harga kerana tahu kekanda amat ‘desperate’ untuk bergambar dengan George Bush.
Jangan adinda-ku risau. Wang 6 juta ringgit ini bukan datang dari duit poket kekanda sendiri. Ini ialah wang judi yang diberi tauke judi. Tauke judi ini memang kekanda pelihara sebagai orang yang akan mengumpul dana untuk kepentingan politik kekanda. Adinda wajib sedar, bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim, tetapi Anwar banyak kawan dan kenalan di kalangan ahli Kongres dan Senator. Kawan-kawan Anwarlah yang sedang buat dasar ‘regime change’ terhadap kekanda.
Ketika itu, kekanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerana kekanda amat terdesak hinggakan rambut kekanda gugur, tetapi tidaklah seperti rambut isteri kekanda.
Adinda-ku George yang dimuliakan,
Tujuan kekanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kekanda yang dahulu. Kekanda rasakan, Yayasan Perdana dapat bekerjasama dengan Open Society Institute. Seperti yang kekanda terangkan dahulu, Yayasan Perdana mahu bergerak di medan antarabangsa.
Yayasan Perdana yang kekanda tubuhkan bertujuan menjadi satu NGO supaya suara kekanda dapat didengar. Kekanda mahu Yayasan Perdana menjadi payung kepada idea, pandangan dan pendapat baru. Kekanda lihat Yayasan Perdana bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana akan jadi NGO antarabangsa. Bermain di persada dunia bukan hanya berkain batik.
Adapun bantuan yang kekanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerjasama untuk menjalankan beberapa projek. Kerjasama ini penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang berpengaruh dan lama berbakti, pasti dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan nama Mahathir Muhamad ke persada dunia.
Kekanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi, satu hari nanti Yayasan Perdana diiktiraf sama seperti Amnesty International, sama saperti Green Peace – bergerak dimedia antarabangsa sebagai sebuah NGO dari negara Dunia Ketiga. Dalam surat ini, kekanda tidak malu menulis, bahawa kekanda pernah termimpi-mimpi datang ke Istana Raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.
Adinda-ku George Soros,
Yayasan Perdana mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasihat menantunya menutup semua ruang media untuk kekanda. Ketika Abdulah jadi Perdana Menteri, kekanda menjadi kucing kurap. Di luar negara, kekanda dianggap pembawa penyakit kusta.
Biar kekanda terangkan bagaimana kekanda dimalukan. Ini berlaku apabila nama kekanda tidak dicalon sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kekanda sediri tubuhkan pada 1988. Bayangkan kad keahlian No: 1 ialah kekanda manakala No: 2 ialah isteri kekanda sendri.
Abdullah Badawi bersama menantunya berjaya menghalang kekanda dari hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation menjadi sabun Breeze membersihkan muka kekanda.
Adinda-ku yang disayangi,
Ketika nama kekanda diketepi, kekanda rasa seolah-olah hidup ini tiada maknanya. Bayangkan kekanda menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kekanda menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut lebih 30 tahun. Dan kekanda adalah Menteri Perdana selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kekanda tubuhkan sendiri, nama kekanda diketepi.
My Dear Soros,
Kekanda sedar ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kekanda. Kekanda sedar di Amerika dan Eropah, ramai cemburu kerana kekanda berjaya mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kekanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kekanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss seperti yang dihadapi oleh Taib Mahmud. Atau seperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh Mahkamah Perancis.
Kekanda – kita berdua sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. George Soros jaguh dalam hal jual beli dolar seantero alam. Mahathir Muhamad adalah jaguh dalam hal putar alam.
Adinda-ku George,
Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi. Dalam hal ini, adinda-ku jangan risau. Memang betul orang Melayu sensitif terhadap dana Yahudi tapi orang Melayu uga bodoh dan senang diputar. Mereka lupa, 24 dari 25 Nabi yang wajib mereka ketahui adalah orang Yahudi.
Adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda beritahu, selama ini orang Melayu tidak sedarpun kekanda bukan orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semua telah kekanda susun. Kekanda buka beberapa NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu, Malaysia Peace Foundation adalah anak syarikat kekanda. Yayasan George Soros boleh salur dana kepada Malaysian For Peace.
Adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda beritahu, selama ini orang Melayu tidak sedarpun kekanda bukan orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semua telah kekanda susun. Kekanda buka beberapa NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu, Malaysia Peace Foundation adalah anak syarikat kekanda. Yayasan George Soros boleh salur dana kepada Malaysian For Peace.
Adinda George, projek ‘naik kapal’ ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan supaya NGO baru ini dilihat Islamik. Mundar mandir ke Gaza untuk mengaburi mata orang Melayu. Orang Melayu akan ‘naik stim’ jika buka kisah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal orang Melayu akan hilang akal. Kalau selama ini kekanda sendiri berjaya menyamar sebagai Melayu, kekanda tidak hairan jika satu masa nanti George Soros boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gumbira melangit.
Malah, kes kekanda bekerjasama dengan Abramoff itupun mati begitu sahaja walaupun ada ‘puak-puak’ yang cuba membuat bising. Kekanda berjaya memutar berita mengatakan, kekanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.
Adinda-ku,
Ingin kekanda akhiri surat ini dengan pertanyaan. Sudahkah surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda? [TT]
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37485
No comments:
Post a Comment