24 October 2012

Chua Soi Lek diberi tempoh seminggu


Chua diberi tempoh seminggu minta maaf

Jamilah Kamarudin
 | October 24, 2012
Jika tidak, satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi amaran keras untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana lantang mengkritik hukum hudud.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata disebabkan keceluparan Chua yang tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam, tempoh seminggu diberikan kepadanya.
“Pemuda PAS mendesak Datuk Seri (Chua) memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas keceluparan kenyataan Datuk Seri.
“Jika tidak, kami akan menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini untuk mengadukan perkara ini supaya tindakan tegas diambil terhadap Datuk Seri serta MCA,” katanya dalam memorandum.
Pemuda PAS sebelum itu membuat satu perhimpunan aman diperkarangan Wisma MCA di Jalan Ampang di sini pukul 3 petang tadi.
Selain Pemuda PAS, turut serta Angkatan Muda Keadilan (AMK), NGO Jingga 13, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad, serta beberapa pemimpin PAS lain.
Perhimpunan aman yang disertai kira-kira 200 penyokong itu melaungkan takbir sambil membawa sepanduk “Soi Lek wajib minta maaf”  dan “Jangan hina Islam”.
Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Pemuda MCA Leonnad Tan Soon Huat di lobi Wisma MCA.
Selain menghina hudud, desakan maaf daripada Chua itu juga dituntut kerana menghina peribadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap seorang ulama yang disegani dan dijadikan rujukan.
Khairul Faizi berkata, kecaman dan penghinaan terhadap Nik Aziz adalah satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan sekaligus terhadap Perlembagaan Malaysia yang menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
“Chua sebagai pemimpin parti kompenna BN sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan menghormati amalan agama dan kepelbagaian bangsa dan kaum di negara ini.
“Namun dalam hal ini beliau tidak boleh diteladani dan dihormati kerana keceluparannya mengeluarkan kenyataan.
“MCA juga dianggap sebagai parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau,” katanya.
Selain Pemuda PAS, Jingga 13 turut menghantar memorandum mendesak perkara yang sama, malah mendesak Chua mohon maaf kepada Yang diPertuan Agong diatas sikapnya yang menderhaka memandangkan Seri Paduka merupakan Ketua Agama Islam Persekutuan
Mahathir ajar Chua biadap
Sementara itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapannya berkata, kebiadapan Chua ‘diwarisi’ daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Perkara ini (penghinaan hudud) sudah lama berada di dalam Umno.
“Mahathir semasa menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri menyatakan perkara mengenai janggut Rasulullah s.a.w.yang tidak dicukur kerana pada waktu itu tiada pisau cukur berjenama Gillette.
“Sekarang giliran Chua Soi Lek,” tegasnya.
Perhimpunan selesai kira-kira sejam kemudian dan orang ramai dilihat meninggalkan perkarangan Wisma MCA dengan aman tanpa sebarang gangguan. - FMT

1 comment:

Anonymous said...

Demonstrasi di seluruh dunia wajar diadakan di atas keceluparan CSL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive