PETALING JAYA: Blogger erotik, Alvin Tan Jye Yee mahu terus melakukan 'banyak aksi seks' dengan pasangannya, Vivian Lee selain bercadang untuk menyimpan rakaman hubungan intim mereka.
Malah dia tidak menyesal mengenai kontroversi yang dicetuskan akibat penyiaran gambar erotik di blog mereka.
"Kami akan terus bersama dan melakukan banyak hubungan seks serta merekodkannya," katanya kepada The Star pada Rabu.
Pemegang biasiswa Asean kini mendapat perhatian ramai selepas imej lucah mereka disebarkan di internet.
"Ibu bapa saya tidak begitu bimbang tentang isu moral, tetapi mereka lebih prihatin masalah yang mungkin saya hadapi dengan undnag-undang dan peraturan universiti saya (National University of Singapore)," katanya.
Pasangan dari Malaysia itu juga berkata mereka berminat untuk memanfaatkan aktiviti.
Malah mereka juga kini mewujudkan akses khas kepada peminat mereka dengan menghantar e-mel selepas blog mereka disekat.
"Ini adalah tempoh kritikal dan kami berhasrat untuk menggunakan masa ini untuk mencari pengikut. Mungkin kita tidak akan memuatnaik video dan gambar itu untuk tatapan umum, tetapi kita boleh terus menjadi blogger. Kami mahu Alvin dan Vivian menjadi satu nama yang dikenali kerana melakukan seksual terbuka," kata Tan.
Pasangan itu turut mendedahkan mereka menerima banyak e-mel termasuk cadangan untuk aksi seks daripada lelaki dan wanita.
Selain itu Tan juga menolak daripada ancaman tindakan undang-undang.
Tan dijangka menghadapi pendengaran tatatertib oleh lembaga Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bulan ini.
"Saya terkejut mereka memberikan saya begitu banyak masa untuk bersedia. Saya akan pertahankan asas saya. Semua yang ingin saya katakan, telah disampaikan kepada media," katanya.
PETALING JAYA: Vivian Lee, wanita yang memuat naik gambar bogel dan erotik dirinya dan teman lelakinya di blog mereka mengaku tidak menyesal mendedahkan kehidupan seksual mereka secara terbuka.
"Saya tidak melihat apa yang salah apabila meletakkan gambar-gambar bogel dan video hubungan seksual kami di internet. Ia bertujuan untuk dunia melihat betapa kami mencintai antara satu sama lain. Saya tidak faham mengapa orang perlu kecoh tentang perkara ini. Ia adalah urusan peribadi kami, "katanya.
Lee, 23, dan teman lelakinya, Alvin Tan JYE Yee, 24, mencetuskan kontroversi di alam siber apabila memuat naik gambar mereka di blog Sumptuous Erotica dan dikesan media Singapura.
"Bagi kami gambar-gambar di blog ini adalah karya seni. Kami adalah orang-orang yang berfikiran terbuka dan kita hanya mahu berkongsi dengan dunia. Kami mahu mereka melihatnya," katanya.
Lee berkata, dia gagal untuk memahami mengapa orang mempunyai persepsi yang berbeza di Asia apabila mereka memuat naik gambar itu di ruang siber.
"Semua ini adalah hak bagi Barat namun tidak di Asia. Ini double standard. Saya tidak faham mengapa orang perlu untuk menilai kami," katanya.
Katanya orang Asia tidak harus terlalu konservatif tetapi terbuka mengenai kehidupan seks mereka.
"Tiada apa yang salah bercakap atau mengadakan hubungan seks. Ia adalah perkara biasa antara dua orang dewasa.
"Sepatutnya tidak ada apa-apa stigma apabila pasangan mahu bercakap atau berterus-terang tentang perkara ini," katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment