Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata.
Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.
Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.
Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.
Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas.
Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!
Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!
Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?
Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?
Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!
Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.- Jalan Pulang
MS : Hahahaha bonus dia 10 x gaji la tu ...slip gaji ni bulan 12 [Dec], jadi hampa jangan la terkejut sangat , bayaran bonus bukan la dibayar setiap bulan, tapi hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan December. Tapi apa-apa pun memang melampau la gaji dan elaun-elaun dia tu.
Yang menariknya bonus tu.
Aku yang dah berpuluh tahun dengan GLC ni yang memang banyak duit ni pun belum pernah merasa terima bonus 10 bln, Paling tinggi yang kami pernah dibayar hanyalah 6 bulan saja.
CEO kami pun tak dibayar macam ni punya tinggi gajinya.
Tapi setiap tahun depa [Tabung Haji] akan naikkan tambang Haji, dengan pelbagai alasan. Agaknya inilah salah satu sebabnya. Nak bayar gaji CEO yang tinggi tu la
2 comments:
Salam.
Tak manis kita cuba pertikaikan gaji Isme.Dia bukan kakitangan Tabong Haji.Dia di recut dari Private sector,ECM Libra.Dia berkorban dengan gaji yang lebeh rendak di TH demi untok pembangunan umat Islam.
Jika dibandingkan dengan gaji GLC lain saperti Khazanah,Gaji Isme hanya sama dengan gaji GM nya sahaja.CO nya gaji lebeh tinggi.
Kenapa pelu pertikaikan gaji jika ia membei banyak sumbangan untok menambahkan keuntongan TH.
Sabagai umat Islam.Tidak baik kita memalukan oang Islam yang lain.
Kerja tak ikhlas...duit orang kpg pun dia nak telan...ish teruk punya melayu....ingat sikit ke 70ribu tu....apa kerja yang di buat pun tak tahu....melayu melayu....
Post a Comment