KUALA LUMPUR 5 Jan - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatannya hari ini dan akan digantikan oleh Arul Kanda Kandasamy, pengurus bank dari Malaysia yang berpengkalan di Abu Dhabi, menurut sumber.
Arul, 38, akan dilantik sebagai presiden kumpulan dan pengarah eksekutif 1MDB. Beliau kini Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat, bagi Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Investment Bank Bhd Malaysia dari Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, dan dalam tempoh masa sama, sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Capital Bhd, selain sebagai pengarah RHB Islamic Bank Bhd.


