Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

18 March 2015

Khazanah Nasional dikawal ketat punca 1MDB ditubuh - Rafizi

Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 18 MAC: Tadbir urus dan tatakelola Khazanah Nasional Berhad sebagai tabung negara yang dikawal ketat adalah salah satu faktor penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia berkemungkinan kerana Khazanah tidak boleh dipermainkan apabila wujudnya tadbir urus yang ketat.
“1MDB tidak wajar ditubuhkan kerana negara sudah mempunyai tabung negara yang dikelola dengan baik. Jadi, kerana ia tak boleh dipermainkan, sebab itu wujudnya 1MDB,” katanya pada wacana Sinar Harian yang mengupas ‘Apa disebalik 1MDB’.
RafiziRafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, 1MBD dipersoalkan bukan kerana Ahli Lembaga Pengarah yang dikatakan berpengalaman dalam mengendalikan syarikat berbilion ringgit.
Katanya, ia berkenaan dengan pengeluaran wang kepada akaun individu yang tiada kaitan dengan Lembaga Pengarah.
“Kami Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan ahli lembaga pengarah, tetapi bertanya mengapa wang itu masuk ke dalam poket individu yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri,” katanya.

10 March 2015

1-MDB: ‘Rompakan’ Paling Dahsyat Kurun ini!

  1. Pada 17 November 2014, saya menulis satu makalah berjodol: “1MDB: Najib mangsa pertamanya?” (http://www.themalaysianinsider.com/opinion/dzulkefly-ahmad/article/1mdb-najib-mangsa-pertamanya). Sejak itu, saya memerhatikan bahawa ‘nujum’ atau telahan itu semacam mahu menjadi kenyataan. Terkini, sebuah majalah ‘The Economist” menerbitkan satu penulisan mengungkapkan bahawa “Najib’s days are numbered” atau ‘Najib menghitung hari-hari akhirnya’.Itu juga satu telahan media Barat.
  2. Mungkin sahaja semua telahan ini tersasar. Penguasa politik di Putrajaya sememang sedang giat melancarkan kempen keras untuk menangkis semua persepsi buruk yang media paparkan, terhadap orang nombor satu negara.

03 March 2015

CEO Ambank letak jawatan kerana ketidakaturan pinjaman 1MDB – Rafizi

(Oleh Azuan Ab Rahman)
PETALING JAYA 3 MAC: Pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ambank Group Berhad (AMMB), Ashok Ramamurthy baru-baru ini didakwa berpunca dari ketidakaturan dalam pinjaman RM2 bilion Ambank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik sumber maklumat dalaman yang diperolehnya, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengunduran itu berlaku selepas Bank
Negara Malaysia (BNM) menjalankan audit pematuhan kepada institusi perbankan itu dan mengenalpasti beberapa pelanggaran dalam proses
pemberian pinjaman.
Rafizi“Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain Ashrok, dua lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletak jawatan bersama-sama beliau,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut Rafizi, AMMB telah menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB sejak beberapa tahun lalu.
Selain meluluskan hutang RM2 bilion tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, AMMB turut menguruskan penerbitan hutang jangka sederhana berjumlah RM5 bilion.
“Saya menghargai ketegasan BNM yang telah membangkitkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya.
“Bagaimanapun ini tidak mencukupi kerana risiko keseluruhan 1MDB kepada sektor perbankan negara belum dilapor secara telus,” jelasnya lagi.
Beliau sehubungan itu menggesa BNM mendedahkan Laporan Audit Pematuhan ke atas semua bank tempatan yang pernah memberi pinjaman kepada 1MDB.
Ini menurutnya supaya Ahli Parlimen dan masyarakat awam dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB mempu merisikokan kestabilan sektor perbankan negara.
“Saya juga telah menghantar soalan-soalan Parlimen bersabit keputusan audit terhadap 1MDB.
“Saya harap Menteri Kewangan tiada halangan mendedahkan laporan-laporan audit oleh Bank Negara ini,” kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65493

30 January 2015

Ananda pinjamkan RM2 bilion jelas hutang 1MDB, menurut sumber

Ananda pinjamkan RM2 bilion jelas hutang 1MDB, menurut sumber
Tokoh korporat T. Ananda Krishnan dikatakan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat kontroversi itu kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, yang perlu dijelaskan akhir bulan ini, menurut sumber.
Langkah memberi pinjaman tersebut, bagaimanapun, bersifat sementara.
“Ia (pinjaman) lebih kepada membantu 1MDB meleraikan halangan – kedua-dua bank itu – berbanding yang lain. Kedua-dua mereka (Ananda dan 1MDB) masih mencari penyelesaian isu tersebut," kata sumber.
1MDB dan Ananda sebelum ini dalam keadaan serba salah dalam menyelesaikan hutang RM2 bilion yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.
1MDB sudah dua kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang RM2 bilion itu.
Pinjaman tersebut merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutang oleh 1MDB berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.
Hutang tersebut dibiayai semula sebagai pinjaman RM3.5 billion untuk tempoh 10 tahun, dengan sandaran Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH), di samping pinjaman RM2 bilion yang perlu dijelaskan 30 November lepas. Selebihnya dibayar balik beserta bunga.
Pinjaman RM2 bilion itu diluluskan ekoran komitmen Ananda menyuntik jumlah sama ke dalam PIH, supaya membolehkan PIH membayar peminjam.
Langkah tersebut bagaimanapun berdepan masalah kerana suntikan RM2 bilion itu menjadikan Ananda pemegang saham majoriti dalam PIH, berdasarkan penilaian terkini.
Dalam kata lain, 1MDB akan hilang pemilikan PIH, iaitu sesuatu yang tidak boleh diterima dari segi politik.
Sumber berkata ketika konsortium Maybank/RHB Bank menunggu bayaran balik, 1MDB dan penasihat kepada Ananda mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi memecahkan kebuntuan, sebelum akhirnya memilih pinjaman dari Ananda untuk 1MDB.
“Ia bukan perjanjian muktamad kerana syarat pinjaman mesti dipersetujui, tetapi nampaknya itulah satu-satunya pilihan sekarang," kata sumber.
“Pun begitu, ini merupakan penyelesaian sementara supaya pinjaman dibayar balik kepada bank."

07 January 2015

Mana dana RM4 bilion 1MDB di Pulau Cayman - DAP

Mana dana RM4 bilion 1MDB di Pulau Cayman, soal DAP
DAP mempersoalkan kelewatan pemulangan semula RM4 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Pulau Cayman seperti yang dijanjikan Putrajaya dan syarikat pelaburan strategik itu tahun lalu.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kelewatan mendapatkan semula wang bukan hanya menimbulkan persoalan tentang 1MDB tetapi turut menggugat kestabilan sistem wang negara.
"Persoalan timbul kenapa dana RM4 bilion dari Pulau Cayman yang sepatutnya dipulangkan pada November 2014, tidak dihantar kembali bagi membantu mengurangkan beban hutang 1MDB," soalnya merujuk kepada hutang RM40 bilion syarikat itu.
Katanya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan terlalu cepat menepis kritikan yang mempersoalkan kewujudan wang di Pulau Cayman, apabila beliau dengan yakin memberi jaminan di Parlimen "pelaburan" akan dikembalikan semula kepada 1MDB pada hujung 2014.

05 January 2015

CEO 1MDB Letak Jawatan




KUALA LUMPUR 5 Jan - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatannya hari ini dan akan digantikan oleh Arul Kanda Kandasamy, pengurus bank dari Malaysia yang berpengkalan di Abu Dhabi, menurut sumber.

Arul, 38, akan dilantik sebagai presiden kumpulan dan pengarah eksekutif 1MDB. Beliau kini Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat, bagi Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Investment Bank Bhd Malaysia dari Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, dan dalam tempoh masa sama, sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Capital Bhd, selain sebagai pengarah RHB Islamic Bank Bhd.

20 November 2014

Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi ..

(Oleh: Ermizi Muhamad)
PETALING JAYA 19 NOV : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive