03 March 2015

CEO Ambank letak jawatan kerana ketidakaturan pinjaman 1MDB – Rafizi

(Oleh Azuan Ab Rahman)
PETALING JAYA 3 MAC: Pengunduran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ambank Group Berhad (AMMB), Ashok Ramamurthy baru-baru ini didakwa berpunca dari ketidakaturan dalam pinjaman RM2 bilion Ambank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik sumber maklumat dalaman yang diperolehnya, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengunduran itu berlaku selepas Bank
Negara Malaysia (BNM) menjalankan audit pematuhan kepada institusi perbankan itu dan mengenalpasti beberapa pelanggaran dalam proses
pemberian pinjaman.
Rafizi“Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain Ashrok, dua lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletak jawatan bersama-sama beliau,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut Rafizi, AMMB telah menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB sejak beberapa tahun lalu.
Selain meluluskan hutang RM2 bilion tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, AMMB turut menguruskan penerbitan hutang jangka sederhana berjumlah RM5 bilion.
“Saya menghargai ketegasan BNM yang telah membangkitkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya.
“Bagaimanapun ini tidak mencukupi kerana risiko keseluruhan 1MDB kepada sektor perbankan negara belum dilapor secara telus,” jelasnya lagi.
Beliau sehubungan itu menggesa BNM mendedahkan Laporan Audit Pematuhan ke atas semua bank tempatan yang pernah memberi pinjaman kepada 1MDB.
Ini menurutnya supaya Ahli Parlimen dan masyarakat awam dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB mempu merisikokan kestabilan sektor perbankan negara.
“Saya juga telah menghantar soalan-soalan Parlimen bersabit keputusan audit terhadap 1MDB.
“Saya harap Menteri Kewangan tiada halangan mendedahkan laporan-laporan audit oleh Bank Negara ini,” kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65493

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive