18 March 2015

Khazanah Nasional dikawal ketat punca 1MDB ditubuh - Rafizi

Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 18 MAC: Tadbir urus dan tatakelola Khazanah Nasional Berhad sebagai tabung negara yang dikawal ketat adalah salah satu faktor penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia berkemungkinan kerana Khazanah tidak boleh dipermainkan apabila wujudnya tadbir urus yang ketat.
“1MDB tidak wajar ditubuhkan kerana negara sudah mempunyai tabung negara yang dikelola dengan baik. Jadi, kerana ia tak boleh dipermainkan, sebab itu wujudnya 1MDB,” katanya pada wacana Sinar Harian yang mengupas ‘Apa disebalik 1MDB’.
RafiziRafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, 1MBD dipersoalkan bukan kerana Ahli Lembaga Pengarah yang dikatakan berpengalaman dalam mengendalikan syarikat berbilion ringgit.
Katanya, ia berkenaan dengan pengeluaran wang kepada akaun individu yang tiada kaitan dengan Lembaga Pengarah.
“Kami Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan ahli lembaga pengarah, tetapi bertanya mengapa wang itu masuk ke dalam poket individu yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Perniagaan, Low Taek Jho Low adalah individu yang dikaitkan dalam hal itu membabitkan pelaburan pertama bagi 1MDB.
Beliau juga rakan baik kepada anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz seperti yang dilaporkan New York Times.
najib-razak1-may7-540x320Rafizi juga mencabar Najib supaya menyaman Jho Low dan beberapa akhbar luar negara jika dakwaan itu tidak benar.
“Di dalam Parlimen, kita juga mendapat jawapan RM4 bilion daripada wang pencen rakyat disuntik untuk pelaburan lombong dan arang batu seluruh dunia.
“Minggu ini disahkan, RM4 bilion itu dilaburkan dalam sebuah syarikat di Mongolia,” katanya. - Selangorku
-NFN-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive