Showing posts with label Ananda Krishnan. Show all posts
Showing posts with label Ananda Krishnan. Show all posts

30 January 2015

Ananda pinjamkan RM2 bilion jelas hutang 1MDB, menurut sumber

Ananda pinjamkan RM2 bilion jelas hutang 1MDB, menurut sumber
Tokoh korporat T. Ananda Krishnan dikatakan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat kontroversi itu kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, yang perlu dijelaskan akhir bulan ini, menurut sumber.
Langkah memberi pinjaman tersebut, bagaimanapun, bersifat sementara.
“Ia (pinjaman) lebih kepada membantu 1MDB meleraikan halangan – kedua-dua bank itu – berbanding yang lain. Kedua-dua mereka (Ananda dan 1MDB) masih mencari penyelesaian isu tersebut," kata sumber.
1MDB dan Ananda sebelum ini dalam keadaan serba salah dalam menyelesaikan hutang RM2 bilion yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.
1MDB sudah dua kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang RM2 bilion itu.
Pinjaman tersebut merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutang oleh 1MDB berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.
Hutang tersebut dibiayai semula sebagai pinjaman RM3.5 billion untuk tempoh 10 tahun, dengan sandaran Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH), di samping pinjaman RM2 bilion yang perlu dijelaskan 30 November lepas. Selebihnya dibayar balik beserta bunga.
Pinjaman RM2 bilion itu diluluskan ekoran komitmen Ananda menyuntik jumlah sama ke dalam PIH, supaya membolehkan PIH membayar peminjam.
Langkah tersebut bagaimanapun berdepan masalah kerana suntikan RM2 bilion itu menjadikan Ananda pemegang saham majoriti dalam PIH, berdasarkan penilaian terkini.
Dalam kata lain, 1MDB akan hilang pemilikan PIH, iaitu sesuatu yang tidak boleh diterima dari segi politik.
Sumber berkata ketika konsortium Maybank/RHB Bank menunggu bayaran balik, 1MDB dan penasihat kepada Ananda mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi memecahkan kebuntuan, sebelum akhirnya memilih pinjaman dari Ananda untuk 1MDB.
“Ia bukan perjanjian muktamad kerana syarat pinjaman mesti dipersetujui, tetapi nampaknya itulah satu-satunya pilihan sekarang," kata sumber.
“Pun begitu, ini merupakan penyelesaian sementara supaya pinjaman dibayar balik kepada bank."

30 August 2014

Jutawan Astro dan Maxis Didakwa di India

MUMBAI, Aug 30 — Polis Persekutuan India telah memfailkan tuduhan rasuah (corruption) dan konspirasi jenayah (criminal conspiration) ke atas tokoh perniagaan Malaysia yang terkenal sebagai mogul Media dan Telekomunikasi, T. Ananda Krishan.

ananda-krishnan-
Ananda yang menguasai Astro dan Maxis di Malaysia bakal dibicarakan bersama bekas Menteri Telekomunikasi India (2004-2007) Dayanidhi Maran dituduh berkompolot dan memberi suapan bagi membantu syarikat telekomunikasi Maxis mengambil alih ke atas penyedia rangkaian telefon bimbit India, lapan tahun lalu.


Turut didakwa ialah jutawan India yang juga merupakan adik kepada Dayanidhi, Kalanithi Maran dan pembantu kepada Ananda Krishna, Augustus Ralph Marshall. Nama kesemua mereka dan ramai lagi berada dalam kertas pertuduhan yang difailkan di Mahkamah New Delhi hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive