October 15, 2012
Norizan mendakwa dia telah menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis telah melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009 lalu.
Kejadian tersebut menyebabkan ibu tunggal itu kini mengalami masalah pada pergelangan tangan dan sering sakit di bahagian jantung akibat daripada pembedahan yang dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selepas insiden tembakan tersebut.
“Saya kini sering menggeletar di bahagian tangan dan jantung sering sakit terutamanya apabila cuaca sejuk.
“Saya masih trauma dengan insiden ini hinggakan setiap kali terlihat kereta peronda saya akan teringat peristiwa tiga tahun lalu itu,” kata Norizan.
Disamping itu, Norizan juga melahirkan kekesalannya terhadap pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepadanya hingga sekarang. - TMI
No comments:
Post a Comment