22 October 2012

RM40 juta Sabah: Kenyataan Najib celaru, SPRM bingung?





KUALA LUMPUR 22 OKTOBER: Penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap dakwaan penyeludupan RM40 juta tersebut adalah untuk UMNO Sabah telah menimbulkan kesangsian umum.

Dalam pada itu, Najib juga telah menimbulkan kekeliruan dalam sidang medianya di Ibupejabat UMNO kelmarin yang berkata bahawa “Ia (isu ini) telah pun dijelaskan di Parlimen,”

Menafikan kenyataan Najib, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Parlimen cuma dimaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah dibersihkan dari tuduhan rasuah dimana wang RM40 juta tersebut merupakan sumbangan kepada UMNO sabah dan bukannya secara peribadi kepada Musa.

Akan tetapi soal beliau, persoalan lain yang timbul ialah bagaimana pula Najib maupun Nazri tahu bahawa wang tersebut tidak diseludup maupun digubah secara haram?

“Samada wang RM40 juta itu diseludup ataupun pengubahan wang secara haram, ia tidak dijelaskan di parlimen.” katanya dalam satu kenyataan.

Walhal ujar Kit Siang, pihak berkuasa Hong Kong telah mendedahkan bahawa wang tersebut adalah milik Musa.

Disebalik kecelaruan kenyataan Najib ini tambah Ahli parlimen Ipoh Timor itu, ia telah menimbulkan dua lagi persoalan penting.

“Pertamanya, adakah transaksi ini merupakan sebuah tindakan rasuah melibatkan Musa atau UMNO Sabah?

“Atau, adakah RM40 juta ini merupakan wang kotor yang terhasil dari rasuah atau aktiviti haram yang perlu diseludup ke dalam Negara?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Pada Khamis lalu, Nazri dilaporkan telah menarik balik kenyataannya di Parlimen dan berkata bahawa SPRM dan bukannya ICAC telah membersihkan Musa dari dakwaan rasuah. 

“Adakah SPRM juga membersihkan RM40 juta yang dibawa Micheal Chia sebagai wang bersih? Jika ya, SPRM perlu menjelaskan bagaimana ia boleh bertindak sedemikian atau  bakal digelar Suruhanjaya Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.” ujar Kit Siang dalam nada sinis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive