10 October 2012

TERKINI! Nasharuddin KANTOI! DAP Akan Buat Laporan Polis!


WEDNESDAY, OCTOBER 10, 2012


Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini menafikan pernah menganjurkan majlis dan berdoa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, sebaliknya mereka hanya menganjurkan Majlis Kesyukuran selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis yang dianjurkan pada 16 April 2011 itu juga turut dihadiri pemimpin DAP yang beragama Buddha.

"Majlis itu turut dihadiri pemimpin utama termasuk Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen, yang beragama Buddha.


"Tuduhan Nasharuddin itu adalah tidak benar dan kenyataan itu tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam mendakwa, satu majlis kesyukuran anjuran DAP yang diadakan di Sarawak tahun lalu telah mendoakan agar "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah supaya Malaysia menjadi negara Kristian.

"Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

Wong turut menegaskan, dalam majlis itu mereka juga turut menjemput pemimpin tempatan daripada PKR dan PAS.

3 comments:

PokAmid said...

Apa yang dapat dipelajari apabila berkawan dengan Parti setan ynag dikenali ialah....Ilmu buat fitnah!! Kan dah kena kau Nasha!!! Gigi tu dah jongang, jangan ditambah lagi jongang tu pada perangai hang!!!

Kuda Perang said...

Nasha ni nampak gayanya nak jadi macam Hassan Ali jugak... berdakwah xda cara hikmah...

Putera Nasakta said...

Sebenarnya saudara Nasya tak perlu takut. Selagi umat Islam taat mengerjakan amalan Islam kita tak perlu gusar. Bukankah Allah ada bersama orang-orang yang benar.Ingat, jika kita bantu Allah Allah akan bantu kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive