30 November 2012

Deepak saman Ropiaah gesa Ketua Wanita UMNO Selangor itu letak jawatan


November 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peniaga kontroversi Deepak Jaikishan menggesa Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno daripada malu dengan kes penipuannya.
“Untuk selamatkan Umno, saya gesa beliau untuk meletak jawatan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Beliau (gambar) menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja, dimana kesnya didengar semalam.
Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.
Deepak, 40, menjalankan perniagaan penjualan permaidani, berkata bahawa beliau bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah pada 2007 dengan harga RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah dari Raja Ropiaah, yang menerima kontrak penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Tetapi ketua wanita Umno Selangor itu dituduh menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan RM16 juta dalam bentuk overdraf untuk mempunyai “usahasama” dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat membuat plastik, menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis Julai lalu

1 comment:

Anonymous said...

PUSPAHANAS dah jadi PUSPANAHAS kah kah kah. Padan muka kau tokey carpet, kau percaya lagi kat penyangak....macam p.ramlee kata...elok la penyamun dah tipu penyangak....serve you right.

Anyway, you saman dia, jangan bagi muka. Biar masuk jail sekor yang bakal menyamun rakyat selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive