08 December 2012

DAP bimbang tangkapan khalwat ke atas bukan Islam


Md Izwan, The Malaysian Insider
DAP menyuarakan kebimbangan ekoran tangkapan khalwat ke atas pasangan bukan Islam baru-baru ini di Kelantan sambil menggesa kerajaan PAS di negeri tersebut mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu tersebut dengan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sikap penguatkuasa agama di negeri tersebut dan berharap tindakan segera diambil.
“Jika kerajaan PAS Kelantan gagal mengambil tindakan ke atas tindakan penguatkuasa itu yang mengeluarkan saman kepada pasangan bukan Islam tersebut, ia adalah membelakangi prinsip dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menghormati kebebasan beragama,” kata Lim (gambar)
.
“Ia juga akan merosakkan hubungan dalam PR.”
Dalam laporan The Star hari ini, empat orang bukan Islam ditangkap di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan dikenakan saman kerana “tingkahlaku kurang sopan”.
“Walaupun saman itu adalah kerana ‘tingkahkalu kurang sopan’, parti lawan (Barisan Nasional) dan media pro-kerajaan telah memutar-belitkan isu ini sebagai khalwat dan mengatakan undang-undang Islam cuba dikenakan kepada bukan Islam,” tambah ketua menteri Pulau Pinang itu.
Lim dalam kenyataan itu lagi juga mengecam penguatkuasa negeri tersebut kerana menyalahguna kuasa apabila meminta wang untuk menyelesaikan hal itu daripada empat orang bukan Muslim tersebut.
“Pengerusi kelab penyokong PAS, Hu Pang Chaw, berkata mangsa lelaki telah mengadu kepadanya dengan mengatakan pegawai penguatkuasa telah meminta RM500 daripada mereka untuk ‘selesaikan masalah’,” kata Lim.
“Ini jelas pegawai itu salahguna kuasa dan tindakan segera perlu diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam isu ini,” jelasnya lagi.
Selain beliau, ketua pemuda MCA negeri Gan Han Chuan juga bertindak mengecam langkah oleh penguatkuasa kerajaan negeri Kelantan tersebut.
Beliau mendakwa kerajaan PAS cuba mengenakan hukum hudud kepada bukan Islam.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” kata beliau dalam akhbar pro-kerajaan, The Star hari ini.
Insiden ini adalah yang kedua selepas berlaku pertikaian ke atas denda yang dikenakan kepada pengendali salun yang membenarkan pendandan memotong rambut berlainan jantina tidak kira individu tersebut adalah orang Islam ataupun tidak.
Kebanyakkan peruntukkan undang-undang tersebut memberikan kesan buruk kepada peniaga salun bukan Islam khususnya di Kelantan.

1 comment:

Anonymous said...

sbrg perbuatan salahlaku atau lucah ditempat awam mesti dibenteras. termasuk dlm kereta yg parking di tempat awam. org bukan islam kalau nak buat ala soi lek boleh buat dirumah atau hotel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive