28 December 2012

Deris Jusoh minta ahli PAS keluar parti ... hahahahaha dah tak betoi ke mamat ni?


KUALA LUMPUR 28 Dis - Anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip diri disaran untuk meninggalkan parti itu kerana dilihat sudah tidak relevan sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memberi saranan tersebut setelah dilihat parti tersebut terlalu banyak tersasar dariada prinsip asal parti yang ingin memperjuangkan Islam terutama sejak bersama pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya yang juga merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno di Besut hari ini.
Idris turut menasihatkan anggota Pas agar tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara 'membabi buta' kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa yang panjang.
Tambahnya, amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.- klpos

1 comment:

Abu Syaukah said...

http://direktoripolitikmalaysia.blogspot.com/2012/12/hah-umno-tunggu-apa-lagi-sahutlah.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive