(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’ berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
“Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka,” katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41905
1 comment:
Syabas Nurotul Ilham... teruskan usaha anda demi mendapatkan fakta berita yang sebenarnya. Usaha yg baik dan saya dapat lihat secara "live" tanggungjawab yg dijalankan.
Post a Comment