18 January 2013

Ni yang buat Umno Najib tambah2 meroyan ... Mantan Ketua Daerah Kinabatangan bersama 360 pengikut sertai PAS

Mohd Firdaus,18 Jan 2013


KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.

“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.


“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.


Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.


Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat. Harakah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive