Semalam berlangsung majlis resepsi perkahwinan personaliti popular TV3, Zakiah Anas dan jejaka pilihannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar.
Majlis diadakan di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kedua-duanya berasal dari Perak, katanya Raja Shahrul pernah bertemu Zakiah semasa menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak, anak bongus daripada enam adik-beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.
“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun.” katanya tidak lama dulu
Berikut adalah gambar resepsi semalam yang dipetik daripada blog http://www.mazidulakmal.com.
No comments:
Post a Comment