Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

15 July 2014

Azwan Ali: Saya minta maaf!

  • Azwan AliAzwan Ali
 1 / 2 
PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya memuat naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twitter miliknya, adalah sesuatu yang wajar.

"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.


Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuarakan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.

Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

04 June 2014

Farah Fauzana Hangat Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Negara?


KL, 4 JUN 2014: Rasa Murai Batu selama mengenali Farah Fauzana atau mesra digelar Fafau di kalangan peminat-peminat serta orang di dalam industri hiburan tanah air sendiri, dia ini adalah antara artis yang sering tampil dengan imej yang cukup bersih. 

Malah, Murai Batu juga nampak yang Fafau ni cukup rajin, kuat bekerja serta sangat komited dengan kerja-kerjanya sebagai pengacara televisyen mahu pun penyampai radio sampaikan Murai Batu tak dengarlah dia bercinta dengan orang itu atau orang ini. 

Patutlah Fafau ni mampu berjaya dan masih mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama di dalam industri ni. Respek! Haa...Murai Batu harap orang-orang baru yang nak berjaya di dalam industri ini, kenalah ikut contoh macam Fafau ya. 

18 March 2014

Kehilangan MH370: Selebriti turut beri sokongan

  • MH370: Selebriti terus beri sokongan!
 1 / 1 
SEBELAS hari telah berlalu, namun misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum terungkai.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, masih lagi berjalan seperti biasa. Nasib 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 kru kabin masih lagi belum diketahui.

Berikutan musibah yang menimpa, orang ramai tetap tidak berputus harap dan terus berdoa agar kesemua penumpang dan kru pesawat itu dapat ditemui dengan selamat.

19 December 2013

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja



Linda mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

18 December 2013

Linda Onn Bakal Kahwin Kerabat Diraja 27 December

gambar perkahwinan linda onn
Utusan Malaysia hari ini secara eksklusif mendedahkan yang penyampai radio popular, Linda Onn khabarnya akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Peyampai stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di Johor Bahru secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru. Linda Onn bagaimanapun khabarnya gagal dihubungi untuk media mengesahkan perkara ini.
Tahniah buat Linda Onn jika benar seperti apa yang disampaikan. - ROTIKAYA

28 November 2013

Zizan bawa Amira AF jumpa keluarga

GOSIP terbaru dunia hiburan tanah air dipanaskan dengan kisah kononnya Zizan Razak kini sedang rapat dengan finalis AF 2013, Nadia Amira Othman.

Sebuah portal melaporkan, Zizan dikatakan bersama Amira ke negeri Terengganu baru-baru ini.

Kata orang pastinya Amira mahu berjumpa keluarga Zizan, namun mengikut info yang diterima, mereka hanya menjayakan satu penggambaran drama berjudul 'Terengganu Drift Sampai Muntah' di sana.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan beberapa artis jelita termasuk Juliana Evan, Emma Maembong dan Kaka.

21 November 2013

Gaun selebriti ni terselak sampai nampak .xxxxx




Acara MTV Europe Music Awards yang berlangsung Ahad (10 /11) malam menjadi acara pamer  gaun yang para selebriti gunakan.

Pakaian yang indah dan seksi membuat mereka tampil semakin percaya diri, namun ada juga yang dibuat malu dengan pakaian yang mereka kenakanan .

Seperti rapper asal Australia , Iggy Azalea yang malam itu mengenakan gaun hitam model strapless dan banyak mempunyai cut out di beberapa bahagian tubuhnya seperti di perut atau paha.

Seperti dilapor dailymail , Selasa ( 12/11/2013 ) , gaun Iggy mempunyai belahan paha yang sangat tinggi. Ketika membetulkan posisi pakaiannya bahagian intimnya terdedah dan mujur  dia memakai seluar dalam yang mempunyai warna senada dengan kulitnya   -   

21 January 2013

Sekitar Majlis Resepsi Zakiah Anas - Raja Shahrul Azmi Raja Sahar



GAMBAR: Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Personaliti TV3, Zakiah Anas


Semalam berlangsung majlis resepsi perkahwinan personaliti popular TV3, Zakiah Anas dan jejaka pilihannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar.
Majlis diadakan di Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pasangan mempelai semalam selamat dinikahkan di Masjid Kota Damansara pada 12 Disember lalu.

19 October 2012

Bekas pengacara bakal tinggalkan suami VIP untuk kahwin kerabat?


Melopong juga kami tidak percaya apabila membaca diskusi akan gossip ini yang sedang hangat di’beberapa buah forum hiburan tempatan. Terlalu panas rasanya.
Bekas pengacara ini sudah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun bersama seorang VIP yang usianya hampir 2 kali ganda & kini khabarnya sudah failkan penceraian.
Si isteri menuntut  untuk bercerai kerana mendakwa suami’nya yang mempunyai pengaruh besar itu sudah pun beberapa kali curang sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama ini.
Dek kerana tidak tahan hidup dalam tekanan, bekas pengacara TV ini nekad untuk tinggalkan suami’nya bersama anak anak yang masih kecil untuk kehidupan lebih baik.
Di’sini kisah mula menjadi lebih menarik. Wanita ini yang masih muda & kelihatan cantik ini khabarnya sudah pun di’intai oleh seseorang bergelar kerabat dari negara seberang.
Negara sebelah mana kami sendiri tidak berani untuk menyebut memandangkan pengaruhnya yang bukan calang calang tetapi mereka berdua kini hanya menunggu masa untuk berkahwin.
Kadang kadang kami terfikir juga, adakah benar bercerai kerana si suami kaki perempuan atau bekas pengacara TV ini tidak puas hidup dalam kemewahan yang sedia ada dan mahukan lebih dari sekadar gaya hidup seorang VIP. Hmm. 

17 February 2012

Akhirnya .... Malek Noor 58 nikah doktor pakar 12032012

Datuk Abdul Malek Noor
PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu. .....

06 February 2012

Kontroversi Apek : Bapa saudara Liuniey dakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek ... minta bukti

Melalui dua artikel Detik Perubahan, bapa saudara Liuniey, 21 atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, mendakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek, manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.

Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-
Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.
Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.
Menurut Mohd Irwan, ......

12 December 2011

Lagi selebriti bertudung selepas bergelar Hajjah, alhamdulillah ... Yang sekoq tu bila lagi?

Korang agak-agak la minah sekoq tu nak bertudung macam Abby ni tak?

KUALA LUMPUR – Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu.

Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala.

“Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung,” kata pemilik blog tersebut.

17 March 2011

Pengacara TV3 pula sertai PAS


Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya kelihatan di Talkshow bersama Bob Lokman di Kota Damansara sebentar tadi. Syukur alhamdulillah, ramai selebriti yang dekat dengan perjuangan kita.. Allahuakhbar!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive