21 January 2013

UMNO/BN Sabah semakin goyang ... 205 penyokong tegar UMNO/BN sertai Keadilan di Tenom


Berikutan kecewa dengan pentadbiran Umno BN yang tidak mampu membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi dan taraf sosial rakyat Sabah, 205 penyokong tegar regim itu akhirnya memilih untuk menyertai KEADILAN.
Menurut Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman, mencatatkan paling tinggi penyertaan itu adalah di Kampung Entabuan Lama, Tenom seramai 160. Ekoran itu Ranting baru diwujudkan di kampung tersebut dengan melantik Jonny Lamanggit selaku Ketua Ranting.
Manakala seramai 25 ahli Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dilaporkan turut menyertai KEADILAN. Ketua Ranting kampung itu dalam ucapan ringkasnya semasa bersama ahli baru itu menyuarakan ketidakpuasan dengan Umno BN yang mengabaikan kebajikan rakyat
.
Sementara itu, kata Halik, 20 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Kampung Pengalat dalam DUN Melalap juga turut menyertai KEADILAN kerana merasakan mereka sudah tiada masa depan bersama Umno BN yang dipimpin Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman yang dianggap mereka sebagai diktator.
Menurut Ketua Rantingnya, Patrick Samuel, penduduk kampung Pengalat Melalap pada mulanya agak keberatan untuk menyertai KEADILAN kerana mereka telah di war-warkan kononnya mana-mana penduduk kampung yang menyertai pembangkang, anak-anak mereka akan digugurkan dari sekolah, bantuan persekolahan akan disekat dan sebagainya.
Namun setelah hari demi hari katanya, mereka lihat begitu ramai penduduk kampung di sekitar mereka berani menyertai KEADILAN dan akhirnya tampil memberanikan diri untuk menyertai parti itu demi masa hadapan anak cucu mereka daripada tenggelam sekiranya masih lagi di jajah oleh regim BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43591

2 comments:

Anonymous said...

Datuk halik Zaman.... mantan YB era berjaya??? memang hebat betul orang ni... kalau ni calon PKR nanti heheheh

Anonymous said...

Bagus juga kalau Halik Zaman jadi calon PKR Tenom supaya lebih mudah BN memenangi kawasan yang ditandinginya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive