06 February 2013

Cakap berbelit2, Haramjadah sungguh la dia ni ...


Dr M dakwa tidak terlibat dalam pemberian kerakyatan haram

February 06, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang berlaku berkaitan 'Projek IC' di Sabah. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membebaskan dirinya dari bertanggungjawab terhadap dakwaan pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing di Sabah pada masa lalu, menegaskan “perintah” adalah semata-mata untuk mereka yang layak.
Bekas perdana menteri yang sering dipersalahkan kerana “Projek IC”, inisiatif tahun 1980am dimana kerakyatan Malaysia didakwa diberikan sebagai tukar ganti kepada undi untuk Barisan Nasional (BN), mengulangi pra-syarat untuk apa-apa anugerah kerakyatan adalah seseorang individu perlu tinggal di Malaysia untuk tempoh masa tertentu, selain dari syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kerakyatan kepada mereka yang telah menetap di sini bagi satu tempoh masa dan layak untuk menjadi warganegara,” kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan buku di Universiti Malaya.
Tetapi Dr Mahathir (gambar) kemudian menambah jika benar dakwaan selama ini, beliau tidak boleh mempunyai kawalan mutlak terhadap apa yang telah dilaksanakan di bawah sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri.
“Apa yang berlaku di bawah, saya tidak boleh bertanggungjawab,” katanya. “Tetapi perintah itu diberikan kepada mereka untuk memberi kerakyatan kepada yang layak.”

Dr Mahathir merespon tuduhan musuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dalam pemerian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing di Sabah.
Bulan lepas, Dr Mahathir menuduh Anwar, mengatakan bekas timbalannya mungkin bertanggungjawab terhadap aktiviti haram itu dan mungkin ianya berlaku diluar pengetahuannya.
“Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan,” kata beliau. Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan,” kata beliau sebelum ini.
Dr Mahathir juga menegaskan beliau hanya mendengar tentang perkara ini sekarang tentang kesalahan dalam pemberian warganegara di Sabah.
Anwar berkata tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali serta menegaskan tiada bukti bagi mengaitkan dirinya secara langsung dengan Projek IC tersebut.
Pada minggu pertama pendengaran RCI, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi keterangan tentang kewujudan “Projek IC” dan tujuannya untuk meningkatkan populasi orang Islam di Sabah.
Telah didedahkan lebih kurang 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah pada tahun 1993 dan mereka-mereka ini dibenarkan mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.
Minggu lepas, polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa seorang bekas pegawai JPN telah menjual 16,000 resit JPN dan mendapat RM1 juta, mengesahkan pendatang haram untuk mengundi.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan “Projek IC” tersebut.
Sabah mempunyai hampir satu juta pengundi — atau lebih tepat lagi 926,638, menurut laporan akhbar The Star pada Jun.
Dr Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang pendedahan dalam RCI membuktikan apa yang mereka katakan sebelum ini BN memberikan kerakyatan sebagai ganti kepada undi.
Beliau menegaskan bukan semua yang diberikan kerakyatan menyokong BN.
“Mereka hanyalah rakyat Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan kita tidak pernah memaksa mereka untuk hanya mengundi BN, mereka mengundi sesiapa sahaja yang mereka suka,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan di Sabah pernah bertukar sebelum ini. - TMI

MS : Betul la macam kata Tamrin Ghafar > MAHATHIR SEORANG PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

1 comment:

Manjalara (Azman Jalaludin) said...

kalau dah mamak tu apa nak hairankan .... memang itu perangai dia.... Nama pun Mahadeyyy Kutyyyy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive